Posts Tagged ‘Simpanan’

Antara Keperluan dan kehendak

Needs Vs Wants

Yang mana satu perlu didahulukan.

Yang mana satu perlu didahulukan.

Dalam kehidupan seharian, kita sering tersepit untuk menetukan samada sesuatu itu keperluan atau kehendak.

Namun apakah petunjuk yang boleh kita gunakan untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi menentukan Keperluan dan Kehendak??

1) Naluri?

2) Nafsu?

3) Keperluan Asas?

4) Keinginan untuk sama dengan orang lain?

5) Untuk kepuasan diri?

6) Untuk kepuasan Orang lain?

7) atau Saja-saja.

Apa itu keperluan dan apa itu kehendak? Bagi saya keperluan adalah sesuatu yang mesti ada bagi memenuhi keperluan asas setiap masa dari dulu kini dan selamanya. Contohnya Makanan,Pakaian,Tempat tinggal,dan Pendidikan. Manakala kehendak pula bagi saya adalah sesuatu yang tidak begitu diperlukan dan senadainya tiada pon tak mengapa.

Membeli pakaian setiap bulan bagi menambahkan koleksi dalam almari.

Keperluan atau Kehendak?

Menggantikan Sport rim kereta yang tidak rosak kepada yang baru kerana terjumpa brand yang lain bagi mencandikkan kereta.

Keperluan atau Kehendak?

Membeli Insuran perubatan supaya dapat rawatan di hospitan swasta.

Keperluan atau Kehendak?

Menonton wayang setiap kali ada filem baru bagi memeriahkan industri filem tanah air.

Keperluan atau Kehendak?

Membeli rumah yang besar bagi memberi keselesaan untuk ahli keluarga.

Keperluan atau Kehendak?

Menukar kereta kancil kepada BMW kerana ingin menunjuk bahawa sudah berjaya dalam perniagaan yang baru setahun diceburi.

Keperluan atau Kehendak?

Menabung untuk pendidikan anak-anak supaya anak tidak perlu meminjam untuk melanjutkan pelajaran.

Keperluan atau Kehendak?

Membelikan anak-anak mainan yang dikatakan untuk mengembangkan minda sedangkan anak tersebut hanya berminat untuk main selam seminggu sahaja.

Keperluan atau Kehendak?

dan Macam-macam lagilah.

Yang penting kita sendiri dapat menentukan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan.

Anda Tentukan.

Pilihan di tangan anda.

Pilihan di tangan anda.

Compounding Interest

Tahukah anda bahawa “compounding interest” adalah salah satu senjata orang-orang kaya untuk menjadi lebih kaya? Dalam membuat pelaburan “compounding interest” adalah satu faktor yang sangat penting dalam menambah banyakkan wang terkumpul anda.

Inilah istilah yang tepat kepada “Wang bekerja untuk Wang” @ “Money at work”. Inilah rahsia yang kebanyakan kita tidak tahu dan video dibawah memudahkan kita untuk memahami apa itu “compounding interest”.

Video dibawah akan menunjukkan jumlah wang anda yang bakal terkumpul selama 35 tahun kedepan dengan hanya menyimpan RM 100, RM 200, RM 300, Rm 400 dan RM 500. Dengan anggaran pulangan tahunan sebanyak 10% sahaja jumlah wang terkumpul akan membuatkan anda teruja untuk menyimpan duit. percayalah…Saksikan video ini ya.

Bagaimana untuk Merancang persaraan.

Bersara merupakan salah satu impian bagi seorang pekerja. Di Malaysia umur bersara adalah 55 tahun dan dimasa kini saya amat yakin bahawa ramai yang menyambung kontrak untuk bekerja. Menikmati persaraan adalah satu senario yang sangat berbeza bagi setiap orang.

Merancang persaraan anda lebih awal

Merancang persaraan anda lebih awal

Saya pernah melakukan sedikit kajian terhadap persaraan dikalangan peniaga pasar basah di sekitar Skudai dan pelbagai jawapan saya terima. Kebanyakan daripada mereka memberi jawapan bahawa mereka akan terus berniaga walaupun telah menjangkau umur untuk bersara kerana bagi mereka berniaga dan bekerja adalah menjadi darah daging mereka. Namun begitu terdapat juga sebilangan yang menyatakan bahawa mereka berniaga untuk mengumpul wang bagi bersara awal.

Disini saya akan bincangkan tips untuk merancang persaaan anda.

Tips no. 1: Tetapkan umur untuk bersara.

Setiap orang mempunyai target masing-masing untuk mereka bersara. Ada yang ingin bersara pada umur seawal 40 tahun dan ada yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi anda tentukan umur anda untuk bersara. Umur bersara akan menentukan jumlah tahun yang bakal anda lalui tanpa bekerja dan menjana wang. Ini sangat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.

Tips no. 2: Tetapkan tempoh waktu persaraan.

Tempoh waktu persaraan boleh dikira dengan menggunakan tempoh mortaliti umur manusia. Menurut kajian, secara purata lelaki sekarang boleh hidup sehingga umur 75 tahun manakala wanita boleh hidup sehingga umur 80 tahun. Maka sekiranya anda seorang wanita dan ingin bersara pada umur 55 tahun, tempoh untuk anda bersara adalah selama 25 tahun (80 tahun-55 tahun).

Tips no. 3 : Tetapkan jumlah wang yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan.

Satu kajian umum menyatakan bahawa, pesara memerlukan sejumlah 60% daripada gaji terakhirnya untuk menampung keperluan selepas bersara. Sekiranya gaji terkhir yang diterima adalah RM 5000 setiap bulan, maka sebanyak RM 3000 diperlukan setipa bulan untuk bersara. Namun begitu anda sendiri boleh mencongak keperluan anda yang dijangka untuk digunakan untuk menyara keperluan bulanan anda. Faktor penyusutan wang akibat inflasi patut diambil kira dalam langkah ini.

Tips no 4: Tentukan instrumen pengagihan wang semasa bersara.

Insrtumen yang saya maksudkan disini adalah sama seperti wang pencen yang diterima oleh pesara kerajaan dimana setiap bulan mereka akan menerima wang persaraan. Sebagai orang persendirian, instrumen yang boleh anda gunakan adalah Bank dan juga syarikat kewangan yang menawarkan skim-skim anuiti seperti syarikat insuran dan syarikat pelaburan amanah (Unit Trust).

Tips no 5: Menetapkan jumlah wang yang perlu ada pada masa mula bersara.

Penetapan jumlah wang untuk bersara adalah berdasarkan kepada keperluan bulanan yang telah anda tetapkan pada Tips no. 3. Jumlah wang ini bergantung kepada instrumen pengagihan wang yang bakal anda tentukan di Tips no 4. Saya berikan satu contoh yang menyamai contoh pada Tips no. 3 dimana keperluan bulanan untuk bersara adalah sebanyak RM 3000. Jika anda mempunyai wang pelaburan sebanyak RM 360 000 dan menghasilkan pulangan 10% setiap bulan maka jumlah RM3000 telah berjaya dicapai.

Pelaburan Asas : RM 360 000

Pulangan Tahunan : 10%

Keuntungan tahunan : RM 36 000

Keperluan bulanan : RM 3000 (Tercapai RM 36 000/ 12 bulan)

Oleh yang demikian Wang pelaburan asas anda tidak boleh diusik langsung dan menjamin keperluan anda untuk bersara dengan memperolehi wang RM 3000 setiap bulan tanpa perlu risau.

Tips no. 6: Menentukan jumlah wang yang perlu disimpan.

Untuk menentukan jumlah wang yang perlu untuk disimpan jangan lupa memasukkan jumlah wang yang ada si KWSP dan jumlah wang simpanan persendirian yang telah anda buat sendiri.

Rancang lah untuk persaraan anda seawal mungkin bagi membolehkan anda memiliki masa yang lebih panjang untuk menikmati persaraan. Anda juga boleh mengunakan calkulator persaraan (retirement calculator) yang ada di internet untuk membuat anggaran wang yang perlu anda simpan.

Adakah anda bersedia untuk bersara?

Fakta yang perlu kita ambil tahu

Baru-baru ini semasa di kampung saya telah mendapat satu ilham yang menarik berkenaan persaraan @ “retirement”. Sebelum ini saya berpendapat orang yang bersara kebanyakannya akan bersara dengan disara oleh anak-anak. sebenarnya jangkaan saya amat meleset sekali.Namun pertemuan saya dengan seorang pak haji telah membuka mata saya.

Bayangkan dengan keadaan ekonomi sekarang yang melibatkan wang yang banyak untuk bersara. Kenapa?
Kepeluan asas terhadap makanan, pakaian dan tempat tinggal mesti disediakan.Tidak boleh tidak. Mesti diadakan. Oleh itu bagaimana nak memastikan wang sentiasa ada setiap bulan untuk keperluan asas ini.

Bagi Pak haji M(bukan nama sebenar) persediaan untuk bersara telah dilakukan seawal dia berumur 30 tahun. Apa yang dilakukan adalah membuat pinjaman untuk membeli sebidang tanah seluas 10 Hektar dan ditanam Kelapa Sawit (sekarang) sebelum ini ditanam getah. Genap umurnya 50 tahun, hutang tanah sudah selesai dan sekarang dia menikmati Persaraan dengan wang dari hasil kebunnya.

Sekadar Gambar hiasan

Sekadar Gambar hiasan

Saya bertanya, kemana perginya wang simpanan KWSPnya? dengan senyuman dia menjawab, Duit KWSP dah jadi rumah nih dan kawinkan 2 orang anaknya. Tak sampai 2 tahun dah habis dah RM 150 000 yang terkumpul di KWSP. Maka betullah fakta kajian sebelum ni yang mengatakan bahawa purata wang KWSP yang dikeluarkan habis dalam masa 3 tahun.

Dengan Pendapatan sekitar RM 1500 ke RM 2000 setiap bulan “hasil duit sawit” Pak Haji M kata cukuplah untuk menampung belanja dapur dan simpanan. Pak Haji M bersyukur kerana pada usia 60 tahun dia masih dikurniakan kesihatan yang baik berbanding rakan-rakannya yang menghidap pelbagai penyakit orang tua. Katanya lagi, kalau masa ni saya sakit RM 2000 sebulan tak cukup nak oi. mana nak belanja dapur, mana nak belanja untuk berubat dan pelbagai lagi komplikasi kesan penyakit.

Saya berterima kasih teramat sangat pada Pak Haji M kerana sudi berkongsi pengalamannya. Maka saya dengan ini Mesti memulakan simpanan untuk persaraan saya nanti. Moga jadi pengajaran buat semua.

Fakta: Pesara memerlukan 60% wang gaji terkahirnya untuk meneruskan gaya hidup yang sama seperti sebemum bersara.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Siapakah PIDM?

PIDM merupakan agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) untuk mentadbirsistem insuran deposit nasional di Malaysia.

Apakah itu insuran Deposit?

Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan di bank sekiranya bank mengalami kegagalan. Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan rangka kerja perlindungan pengguna dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan. Sistem ini tidak berhubungkait dengan atau diuruskan oleh syarikat insurans am atau nyawa. Umumnya, ini merupakan skim yang disediakan oleh Kerajaan, meskipun di sesetengah negara sistem ini disediakan oleh pihak bank.

Sistem insurans deposit di Malaysia dilancarkan pada September 2005 dan diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Perlindungan

Dengan pelaksanaan Jaminan Deposit Kerajaan pada 16 Oktober 2008, PIDM kini melindungi sepenuhnya semua deposit dalam ringgit dan mata wang asing dengan bank perdagangan, bank Islam dan bank pelaburan, bank Islam antarabangsa serta institusi kewangan pembangunan yang menerima deposit dan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Ia adalah langkah awal dan berjaga-jaga, selaras dengan inisiatif yang diambil oleh negara-negara jiran bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan. Sistem perbankan Malaysia memiliki tahap modal dan keuntungan yang teguh, dan Jaminan itu dijangka tidak akan digunakan.

Jaminan Deposit Kerajaan ini menggantikan had perlindungan sebelum ini iaitu sehingga RM60,000 setiap penyimpan di setiap bank anggota dan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2010. Semua jenis pendeposit atau penyimpan – sama ada individu atau syarikat yang mempunyai deposit konvensional atau Islam – dilindungi sepenuhnya bagi deposit yang layak.

Click sini untuk Jenis-jenis deposit dan instrumen yang dilindungi

Ini bermakna deposit kita di bank dilindungi dan selamat.

Selamat dan dilindungi.

Selamat dan dilindungi.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance