Posts Tagged ‘Scam’

Scam dan penipuan menggunakan nama GoDaddy..

GoDaddy

GoDaddy

Korang tentu biasa dengar nama Godaddy.com pembekal Domain yang amat terkenal dan dipercayai. Berita terbaru yang aku dapat dari rakan blog rakan aku rohaizad.com menyatakan bahawa ada scammer yang melakukan scam menggunakan nama Go Daddy. Baca kat sini

Selamat membaca.

Kena Lagi…

Keratan Akhbar Skim Cepat Kaya

Keratan Akhbar Skim Cepat Kaya


Hari ini berita Surat khabar Kosmo menceritakan pasal penipuan skim cepat kaya oleh koperasi.
Modus Operandi mereka adalah pelaburan yang berselindung disebalik koperasi. Bayangkanlah hampir RM 100 juta lesap dan lebih 5000 ternganga. Itu yang dilaporkan, aku rasa ada yang tak dilaporkan.. berapa agak-gak jumlahnya yer?

Tapi yang jelas kat sini semua yang terjebak adalah mereka yang ingin kaya tapi kurang ilmu dan pengalaman untuk membolehkan mereka jadi kaya. Siapa yang tanak jadi kaya… betul tak? Tapi tak semua yang nak jadi kaya ingin belajar ilmu untuk kaya dah hasilnya terjebak dengan skim cepat kaya ala-ala pelaburan yang memberi keuntungan berlipat kali gandalah kononnya.

Sebenarnya, aku sendiri pernah terjebak dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.(Pengakuan ikhlas nih… hahahha). Mungkin dikalangan korang pernah dengar Swisscash, esuisse fund dan e-barrel. hahahahha korang pernah dengar atau pernah terlibat sekali…. heheheeh

Masa tu aku ingat lagi bagaimana terujanya aku bila seorang senior sekolah aku yang kebetulan terjumpa setelah lama berpisah selepas sekolah menengah bercerita tentang pelaburan secara maya. Bukan guna RM…guna USD tau (convert masa tu 1 USD= RM 3.80). Pelaburan minimum USD1000. Pulak tu upline dia adalah bekas cikgu sekolah aku jugak. (pergh…takkan cikgu nak tipu anak murid) Dengan saleskit dan website yang begitu meyakinkan (pada masa tu lah) aku tanpa berlengah lagi mencari duit untuk dilaburkan. tak ada duit dalam simpanan aku pergi pinjam kat makcik aku.

Kemudian tanpa banyak mengkaji aku terus share dengan kengkawan yang rapat dan berduit. Diaorang pun teruja macam aku jugak sebab nak jadi kaya..apa lagi… terjebak sekali ler….padan muka macam aku. Ramai jugaklah kengkawan yang aku bawak kejalan yang rosak untuk melabur dan akhirnya menglalami nasib yang sama dengan aku. Tak cukup dengan kawan, makcik dengan pakcik aku sekali aku heret masuk skim cepat kaya nih.

Pedihnya telinga masa nak menjawab kat orang2 yang aku dah bawak masuk masa Bank Negara ambil tindakan menutup skim-skim nih. Tadah telinga ajerlah. Rasa menanah meleleh keluar. huhuhuhuh. Bila dikenangkan masa tuh teramatlah sedih amat sedih. Ada dikalangan kawan aku yang buat loan untuk masuk pelaburan, lagi teruk ada yang swipe credit card untuk dapatkan dana. Last-last untung tadak….Tanggung Hutang pulak.

Kat sini korang boleh baca komen Azizi Ali tentang pelaburan internet yang scam ini.

http://www.millionairesplanet.com/articles_057.asp

Tapi kat sini pengajaran penting kat sini aku belajar mengenai apa sebenarnya ilmu pelaburan. Dan yang paling penting adalah Ilmu tentang bidang yang kita nak ceburi. Untuk memulakan sesuatu carilah dahulu ilmu supaya kita tidak tertipu. Dalam melalui perjalanan tentunya kita jumpa masalah dan halangan tapi kalau dari awal masalah tu dah dijangka tentu kita boleh mengagak atau merangka jalan penyelesaiannya.

Jangan membuta tuli dalam melaburkan wang anda. Carilah ilmu untuk melabur atau paling mudah dapatkan nasihat dari mereka yang bertauliah seperti unit trust agen berdaftar dan bertauliah. Tapi adalah lebih baik kalau kita belajar untuk melabur sendiri.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance