Archive for the ‘Insuran’ Category

Compounding Interest

Tahukah anda bahawa “compounding interest” adalah salah satu senjata orang-orang kaya untuk menjadi lebih kaya? Dalam membuat pelaburan “compounding interest” adalah satu faktor yang sangat penting dalam menambah banyakkan wang terkumpul anda.

Inilah istilah yang tepat kepada “Wang bekerja untuk Wang” @ “Money at work”. Inilah rahsia yang kebanyakan kita tidak tahu dan video dibawah memudahkan kita untuk memahami apa itu “compounding interest”.

Video dibawah akan menunjukkan jumlah wang anda yang bakal terkumpul selama 35 tahun kedepan dengan hanya menyimpan RM 100, RM 200, RM 300, Rm 400 dan RM 500. Dengan anggaran pulangan tahunan sebanyak 10% sahaja jumlah wang terkumpul akan membuatkan anda teruja untuk menyimpan duit. percayalah…Saksikan video ini ya.

Keputusan Cemerlang

Minggu lepas, keputusan SPM telah diumumkan. Seramai 7987 atau 1.99 peratus calon SPM memperolehi gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi SEMUA mata pelajaran yang diambil. Keputusan ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2008 yang mana seramai 6277 mendapat keputusan yang sama.

Ten menunjukkan peningkatan keputusan cemerlang dari tahun ketahun. TAHNIAH saya ucapkan kepada semua yang mencapai keputusan cemerlang. Data yang ditunjukkan hanya kepada yang mencapai A bagi semua mata pelajaran. Saya pasti ramai lagi yang cemerlang dengan semua A dan 1 B atau 1C. Sebagai ibu bapa, tentunya ini yang diharapkan dan pencapaian inilah yang dapat dibanggakan.

Persoalan yang ingin saya timbulkan adalah, adakah kita telah bersedia dengan kecemerlangan anak kita? Maksud saya, adakah kita sebagai ibubapa telah menyediakan tabungan untuk anak kita melanjutkan pelajaran mereka keperingkat yang lebih tinggi?

Gambar-gambar dibawah mungkin dapat memberi gambaran yang jelas.

Tabung Pendidikan

Tabung Pendidikan


Tabung pendidikan

Tabung pendidikan

Raka saya selalu cakap macam ni. “Apabila anak kita tak mahu belajar, kita sebagai ibu bapa akan merotan anak supaya dia belajar. Tapi cuba bayangkan kalau keputusan anak kita cemerlang dan kita tiada dana untuk menghantar anak kita menyambung pelajaran, adakah pada masa itu anak kita akan rotan kita kerana kita gagal untuk menyediakan tabung pendidikan untuk mereka?”

Saya yakin seandainya anak kita merupakan pelajar terbaik peringkat negeri atau kebangsaaan. Pasti mudah untuk anak kita mendapatkan tajaan atau biasiswa. Namun jika anak kita terletak pada kedudukan ke 3000 terbaik? Apakah kemungkinan untuk dia mendapatkan tajaan atau biasiswa dari pihak yang menaja? Alah… apa susah..PTPTN kan ada. Saya setuju…PTPTN pasti akan membantu. Namun saya sendiri telah mengalaminya apabila saya GRAD sahaja saya telah menanggung hutang RM 25 000. Sedangkan kerja belum tentu dapat. sehingga kini menanggung hutang.

Cuba bayangkan lagi anak anda belajar dengan baik dan mencapai keputusan yang cemerlang seperti ini di Universiti atau di Kolejnya kelak…

tabung pendidikan

tabung pendidikan


tabung pendidikan

tabung pendidikan

p/s : Tahniah ya sayang for your dean list. :)

Anda pilih yang mana? Bahagian 1.

Skim Persaraan

Skim Persaraan

Pilihan Pertama?

Bersara Kaya

Bersara Kaya

Pilihan Kedua

Bersara Miskin

Bersara Miskin

Pilihan Ketiga

Bersara Bekerja

Bersara Bekerja

Anda pilih yang mana?

Perkara asas yang anda perlu tahu mengenai insuran.

Gambar dibawah memberi gambaran jelas mengenai Insuran.

Insuran

Insuran

Menurut wikipedia : Insuran, dalam perundangan dan ekonomi, adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan.

Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).

Dengan kuda pon boleh accident

Dengan kuda pon boleh accident

Terdapat dua jenis Syarikat insuran yang anda perlu tahu dalam konteks kita di Malaysia iaitu syarikat yang menawarkan Insuran Am (kereta,rumah,kebakaran,kecurian,dsb) dan Insuran Hayat (penyakit,kad perubatan,kemalangan,lumpuh kekal, Kematian, dsb)

Sebelum anda ingin membuat keputusan untuk memiliki insuran, anda perlulah memastikan bahawa anda telah mendapat nasihat dari Agen yang bertauliah bagi mengelakkan kekeliruan. Pastikan anda memiliki insuran yang dapat melindungi kepentingan terhadap diri anda. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya Sebelum Sempit
Lapang sebelum Sempit
Hidup Sebelum Mati.

Jadi disaat anda merasakan bahawa anda tidak memerlukan insuran bertindaklah untuk memiliki insuran kerana apabila anda memerlukan insuran anda telah memilikinya. Kerana disaat anda memerlukan insuran tapi anda tidak memilikinya peluang insuran tiada lagi untuk anda.

insuran kemalangan

insuran kemalangan

Bagaimana insuran berfungsi.

Untuk post kali ini saya hanya ingin berkongsi video tentang bagaimana insuran berfungsi.

Selamat menonton. :)

Bagaimana untuk Merancang persaraan.

Bersara merupakan salah satu impian bagi seorang pekerja. Di Malaysia umur bersara adalah 55 tahun dan dimasa kini saya amat yakin bahawa ramai yang menyambung kontrak untuk bekerja. Menikmati persaraan adalah satu senario yang sangat berbeza bagi setiap orang.

Merancang persaraan anda lebih awal

Merancang persaraan anda lebih awal

Saya pernah melakukan sedikit kajian terhadap persaraan dikalangan peniaga pasar basah di sekitar Skudai dan pelbagai jawapan saya terima. Kebanyakan daripada mereka memberi jawapan bahawa mereka akan terus berniaga walaupun telah menjangkau umur untuk bersara kerana bagi mereka berniaga dan bekerja adalah menjadi darah daging mereka. Namun begitu terdapat juga sebilangan yang menyatakan bahawa mereka berniaga untuk mengumpul wang bagi bersara awal.

Disini saya akan bincangkan tips untuk merancang persaaan anda.

Tips no. 1: Tetapkan umur untuk bersara.

Setiap orang mempunyai target masing-masing untuk mereka bersara. Ada yang ingin bersara pada umur seawal 40 tahun dan ada yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi anda tentukan umur anda untuk bersara. Umur bersara akan menentukan jumlah tahun yang bakal anda lalui tanpa bekerja dan menjana wang. Ini sangat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.

Tips no. 2: Tetapkan tempoh waktu persaraan.

Tempoh waktu persaraan boleh dikira dengan menggunakan tempoh mortaliti umur manusia. Menurut kajian, secara purata lelaki sekarang boleh hidup sehingga umur 75 tahun manakala wanita boleh hidup sehingga umur 80 tahun. Maka sekiranya anda seorang wanita dan ingin bersara pada umur 55 tahun, tempoh untuk anda bersara adalah selama 25 tahun (80 tahun-55 tahun).

Tips no. 3 : Tetapkan jumlah wang yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan.

Satu kajian umum menyatakan bahawa, pesara memerlukan sejumlah 60% daripada gaji terakhirnya untuk menampung keperluan selepas bersara. Sekiranya gaji terkhir yang diterima adalah RM 5000 setiap bulan, maka sebanyak RM 3000 diperlukan setipa bulan untuk bersara. Namun begitu anda sendiri boleh mencongak keperluan anda yang dijangka untuk digunakan untuk menyara keperluan bulanan anda. Faktor penyusutan wang akibat inflasi patut diambil kira dalam langkah ini.

Tips no 4: Tentukan instrumen pengagihan wang semasa bersara.

Insrtumen yang saya maksudkan disini adalah sama seperti wang pencen yang diterima oleh pesara kerajaan dimana setiap bulan mereka akan menerima wang persaraan. Sebagai orang persendirian, instrumen yang boleh anda gunakan adalah Bank dan juga syarikat kewangan yang menawarkan skim-skim anuiti seperti syarikat insuran dan syarikat pelaburan amanah (Unit Trust).

Tips no 5: Menetapkan jumlah wang yang perlu ada pada masa mula bersara.

Penetapan jumlah wang untuk bersara adalah berdasarkan kepada keperluan bulanan yang telah anda tetapkan pada Tips no. 3. Jumlah wang ini bergantung kepada instrumen pengagihan wang yang bakal anda tentukan di Tips no 4. Saya berikan satu contoh yang menyamai contoh pada Tips no. 3 dimana keperluan bulanan untuk bersara adalah sebanyak RM 3000. Jika anda mempunyai wang pelaburan sebanyak RM 360 000 dan menghasilkan pulangan 10% setiap bulan maka jumlah RM3000 telah berjaya dicapai.

Pelaburan Asas : RM 360 000

Pulangan Tahunan : 10%

Keuntungan tahunan : RM 36 000

Keperluan bulanan : RM 3000 (Tercapai RM 36 000/ 12 bulan)

Oleh yang demikian Wang pelaburan asas anda tidak boleh diusik langsung dan menjamin keperluan anda untuk bersara dengan memperolehi wang RM 3000 setiap bulan tanpa perlu risau.

Tips no. 6: Menentukan jumlah wang yang perlu disimpan.

Untuk menentukan jumlah wang yang perlu untuk disimpan jangan lupa memasukkan jumlah wang yang ada si KWSP dan jumlah wang simpanan persendirian yang telah anda buat sendiri.

Rancang lah untuk persaraan anda seawal mungkin bagi membolehkan anda memiliki masa yang lebih panjang untuk menikmati persaraan. Anda juga boleh mengunakan calkulator persaraan (retirement calculator) yang ada di internet untuk membuat anggaran wang yang perlu anda simpan.

Perancangan Persaraan Masih Rendah

Persaraan

Persaraan

Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian, tahap kesedaran warganegara Malaysia terhadap persaraan adalah berada ditahap yang masih rendah? Kebanyakan daripada mereka bersedia untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Mereka sanggup terus bekerja sehingga mereka masih mampu untuk bekerja.

Hasil kajian juga amat mengejutkan apabila kebanyakan mereka hanya akan mula untuk merancang bagi persaraan pada umur 50. Namun begitu sedarkah anda bahawa dengan hanya tempoh 5 tahun adalah satu yang mustahil untuk memperolehi hasil perancangan yang selesa?

Oleh yang demikian kesedaran terhadap merancang persaraan pada usia muda adalah sangat perlu kerana, jangkamasa yang lebih panjang akan membolehkan anda menikmati hasil yang lebih baik untuk menikmati persaraan. Persediaan awal akan memberi anda lebih ruang untuk mengurangkan tekanan terhadap keperluan persaraan kelak.

Pada post yang berikut nanti saya akan kongsikan cara untuk merancang persaraan.Tunggu ya.

4 Peringkat Perancangan Kewangan

Dalam merancang kewangan, terdapat empat tahap paling asas yang perlu anda ketahui.  Empat peringkat tersebut adalah:

Tahap 1: Mencipta atau menghasilkan wang


Mencipta wang yang saya maksudkan adalah memiliki wang. Bagaimana pula cara memiliki wang? Pelbagai cara untuk menghasilkan wang dan kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah mencuri bekerja dan berniaga. Gaji yang diperolehi hasil bekerja adalah sumber kewangan yang asas untuk kita memulakan rancangan kewangan.

Bagi yang telah memiliki wang yang banyak aktiviti pelabur yang menhasilkan pulangan adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan wang. Meminjam wang juga merupakan satu cara menghasilkan wang namun harus diingat bahawa, wang yang dipinjam harus di pulangkan semula dan sebaiknya mulakan perancangan kewangan anda dengan duit anda sendiri.

Tahap 2: Mengumpul wang.


Emak saya selalu berpesan (dari kecik sampai sekarang), kalau ada duit berjimat dan simpan masuk dalam tabung. Sekarang saya dah faham mengapa mak suruh berbuat demikian. Lagi satu tentu anda ingat kata pujangga ini “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Kenapa orang dulu-dulu kala lagi dah ada mengingatkan kita supaya berbuat seperti ini. haaaa fikirkan…

Mudah sahaja sebenarnya, tujuannya adalah supaya kita ada tabiat menyimpan. Tabiat ini sangat-sangt penting dalam perancangan kewangan. Jika tiada tabiat ini maka amat sukarlah matlamat kewangan kita untuk dicapai. Sejumlah wang yang banyak teramat mustahil untuk dihasilkan sekelip mata kerana tiada wang yang akan jatuh dari langit. kecualilah kalau anda mendapat tuah empat no ekor 4D heheh

Kemampuan untuk mengumpul dan menghimpunkan wang dan harta adalah satu tahap yang agak sukar dilaksanakan kerana ia memerlukan satu pengorbanan yang sangat tinggi, wang yang disimpan tanpa di keluarkan semula barulah boleh diambil kira dalam tahap ini. Kalau setakat simpan hingga ketengah bulan ia tak boleh dikira ya… Ramai yang saya jumpa mengamalkan prinsip “tutup mata” dalam mengasingkan wang yang ingim dikumpulkan dan ada diantara mereka sengaja membuka satu akaun asing yang tiada kemudahan Kad ATM bagi mengelakkan wang tersebut dikeluarkan.

Tahap 3 : Melindungi wang dan harta.


Saya sangat suka bab ini kerana ia adalah kerja saya setiap hari. Sebagai agen insuran, sememangnya menjadi tugas saya untuk membantu pelanggan melindungi wang mereka daripada diminta oleh doktor atau pemungut hutang. hehe

Cuba anda bayangkan, Anda berusaha setipa bulan untuk mengumpul wang setiap bulan selama berbelas tahun dan apabila satu jumlah yang agak banyak anda telah berjaya kumpul. Tiba-tiba satu hari doktor dengan selambanya meminta anda sejumlah wang yang melebihi wang simpanan anda untuk membolehkan anda menjalani rawatan terhadap penyakit yang baru sahaja anda ketahui anda menghidapinya.

Saya yakin pada masa itu anda tidak memikirkan langsung penat lelah anda selama beberapa tahun untuk mengumpul wang tersebut dan terus sahaja menyerahkan kepada doktor untuk menjalani rawatan bukan. Walaupun nanti doktor akan meminta anda menandatangai surat akuan persetujuan tiada jaminan rawatan tersebut akan berjaya.

Oleh yang demikian, harus diingat, lindungilah diri anda dengan insuran dan tiada ruginya ada memiliki insuran. Berilah peluang kepada agen-agen insuran untuk memberi penerangan mengenai kepentingan insuran untuk diri anda.

Selain itu, lindungilah wang dan harta anda daripada inflasi. Saya akan tulis kesan inflasi terhadap wang anda di post yang akan datang. Tunggu.

Tahap 4: Pembahagian harta.


Kaedah terbaik dalam membahagikan harta kekayaan adalah melalui wasiat. Namun begitu sebagai Umat Islam, Hukum Faraid adalah menjadi panduan kita. Terdapat perkhidmatan untuk menulis wasiat telah ditawarkah dipasaran sekarang ini dan kosnya tidaklah mahal.

Kenapa Ramai Gagal Untuk Mencapai Matlamat

Di awal tahun ini saya sangat suka untuk menyenaraikan sebab-sebab mengapa ramai gagal untuk mencapai matlamat mereka. Sama seperti saya dan orang lain saya pasti tidak semua matlamat yang dirancang berjaya dicapai sepenuhnya malah lebih teruk apabila tiada satu pon yang berjaya dicapai seperti gambar dibawah ini.

Miss target

Miss target

Namin begitu, kegagalan mencapai matlamat pada tahun lepas bukan bermakna kita akan gagal juga pada tahun ini. Usaha yang paling maksima diperlukan untuk memastikan matmalat matlamat dapat dicapai dan jangan lupa memohon kepada Allah supaya segala usaha yang dilakukan dapat mencapai matlamat kita. Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi sebab kepada kegagalan mencapai matlamat.

Sebab pertama Matlamat yang samar dan tidak spesifik.
Penyelesaian Perincikan kemahuan anda yang sebenar dengan sejelas-jelasnya.

Ramai orang yang menetapkan matlamat seperti ini. Sebagai contoh, saya ingin menguruskan badan, saya ingin memiliki lebih banyak wang. Kelihatan seperti mereka jelas terhadap matlamat mereka namun sebenarnya matlamat itu masih samar dan tidak spesifik.

Matlamat tersebut lebih jelas apabila ditulis seperti ini, “Saya mesti menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam masa 3 bulan supaya saya mencapai berat badan 50kg”

Sebab Kedua Mudah hilang fokus
Penyelesaian Tumpukan fokus anda pada matlamat setiap hari.

Penyakit ini sememangnya dialami oleh ramai orang. Ramai yang menulis dan menetapkan matlamat, namun mereka melupakannya atau meinggalkannya hanya tertulis di dalam diari tanpa mengulang baca atau mengingati matlamat tersebut.

Saya telah menulis matlamat saya di muka depan Diari saya dan telah membacanya setiap pagi sebelum saya kepuar bekerja. Tujuan utama saya berbuat demikian adalah supaya saya sentiasa ingat pada matlamat saya dan mendorong saya untuk mengejarnya.

Sebab Ketiga Sekadar keinginan bukannya komitmen
Penyelesaian Kongsi matlamat dengan orang lain.

Komitmen yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan untuk mencapai matlamat, oleh yang demikian jadikanlah matlamat anda sebagai satu komitmen bukannya sekadar satu keinginan. Jika anda menjadikan matlamat sebagai satu kemestian anda pasti akan mencapai matlamat tersebut.

Memberitahu orang lain mengenai matlamat yang telah dibuat sangat berkesan untuk memastikan kita menjadikan matlamat kita sebagi satu komitmen. Beritahu pada rakan kenalan, ahli keluarga dan rakan sekerja mengenai matlamat anda. Secara tidak langsung firikan anda akan menumpukan pada matlamat tersebut dan tentunya anda akan mengambil tindakan untuk mengejar matlamat tersebut bagi membuktikan bahawa anda bukan beromong kosong.

Sebab Keempat Kurang Jati diri dan lemah
Penyelesaian Tumpukan pada tindakan

Masalah utama kebanyakan manusia adalah mereka tidak mengambil tindakan yang secukupnya untuk mencapai matlamat. Apabila menempuh halangan mereka mudah kalah dan kurang daya juang. Selain itu mereka sering digagalkan oleh perasaan “TAKUT”, “MALAS”, dan “TIDAK PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI”.

Walaupun mereka tahu bahawa hasil adalah selaras dengan usaha namun daya juang ini sememangnya kurang dan menjadi halangan besar. Hilangkanlah perasaaan seperti ini. Ingatlah kepada motto NIKE “Just Do It”. Lakukan tindakan yang menjurus kearah mencapai matlamat anda. Jika bertemu halangan, jangan mengalah, fikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut. InsyaAllah anda akan bertemu penyelesaian.

Hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Artikel

Artikel

Baru-baru in saya berkesempatan untuk me”ngeteh” dengan seorang agen yang telah menjadi pengurus agensi (Kalau big bos tahu nih masak aku). Dah lama rasanya tak dapat peluang macam nih untuk berbual dengan dia.

Kami berborak berbagai topik dan yang paling menarik untuk saya kongsi disini adalah bagaimana dia mendapat kes dalam penjualan insuran. Kes yang diperolehi sangat menarik dan seandainya para suami bertindak seperti ini. amat mudahlah tugas kami para agen untuk memberi pelindungan insuran kepada masyarakat.

Nak dijadikan kisah, hari jadi isteri kepada salah seorang pelanggannya hampir tiba dan si suami bertanyakan kepada dia (rakan agen saya yang tadi)

“Bro besday wife aku dah nak dekat nih, ko ada idea tak hadiah yang paling sesuai untuk aku beri kepada isteri aku sempena hari jadinya nanti”

Dengan selambanya dia berseloroh ” ko bagi isteri ko polisi insuran lah, ko belikan dia insuran yang cover penyakit kritikal dengan penyakit perempuan. Mesti wife ko terharu punya”. Rakan saya tuh berniat nak buat lawak jer dengan customer dia tapi tak disangka ini jawapan yang diterima.

“betuk jugak ideak ko ni erk! Kalau aku bagi emas, dah banyak sangat, kalau bagi duit, nanti habis. kalau ak bagi polisi insuran lagi besar jumlah nilai hadiah tu”

pergh…tak pasal-pasal member saya close satu kes. Rezeki kata dia. Niat singgah di office sekadar untuk ’say hi!’ dan bertanya khabar. Tak sangka pulak dapat kes.

Saya kagum sebenarnya dengan kesedaran si suami terhadap memberi hadiah istimewa pada isteri di hari jadi. Sekarang memang tidak pelik suami memberi hadiah untuk si ister dihari jadi (itu pon kalau teringatlah). Besar tau pengorbanan seorang isteri. Lebih-lebih lagi yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Dari celik mata sampai nak melelapkan mata semula, kerja, kerja, kerja. Jadi amat besarlah peranan memberi hadiah kepada pengorbanan isteri. Penghargaan yang amat dinantikan oleh mereka. Percayalah.. hari nih bagi hadiah sebulan dua dia ucap terima kasih tak habis-habis. heheh

Lagi satu, pemberian polisi insuran sebagai hadiah hari jadi juga merupakan satu yang sangat-sangat saya kagumi. Bayangkanlah…nilai polisi yang bakal diberi tuh, tentunya berpuluh ribu, silap-silap mencecah ratusan ribu ooo…sapa yang tak suka dapat hadiah yang sangat bernilai macam tuh.

Hadiah

Hadiah

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance