Archive for the ‘Hutang’ Category

Anda Dibebani hutang??

AKPK

AKPK

Mungkin anda malu untuk mengemukakan masalah anda pada rakan mahupun saudara mara. Jadi AKPK adalah tempat yang paling sensuai kerana mereka sememangnya dilatih dan dilantikuntuk menyelesaikan masalah mereka yang dibebani hutang, Namun begitu ada beberapa kriteria yang perlu di patuhi. Berikut adalah beberapa persoalan yang mungkin boleh menjawab pertanyaan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin menyertai Progaram Pengurusan Kredit AKPK?

Sekiranya anda ingin menyertai Program Pengurusan Kredit AKPK, anda harus mengikuti sesi taklimat yang diadakan setiap hari di ibu pejabat AKPK di Kuala Lumpur (Isnin – Sabtu). Taklimat turut diadakan dua kali seminggu di cawangan Pulau Pinang (Selasa dan Jumaat) dan Johor Bharu (Selesa dan Khamis). Untuk lokasi lain, sila rujuk laman web kami atau hubungi talian bebas tol kami. Ini akan membantu anda membuat keputusan samada untuk mengikuti program AKPK atau pun tidak.

Jika anda mengambil keputusan untuk mengikuti program ini, anda perlu berdaftar dengan AKPK dengan mengisi borang permohonan Program Pengurusan Kredit dan membawa bersama anda dokumen-dokumen sah seperti berikut:-

•    Kad Pengenalan
•    Salinan slip gaji untuk 3 bulan atau penyata akaun semasa/simpanan (jika bekerja sendiri)
•    Borang BE (Taksiran Cukai Pendapatan) and Penyata EA (Penyata Gaji Tahunan)
•    Penyata Pinjaman Terkini (Kad Kredit, pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dsb)- untuk tempoh 3 bulan
•    Dokumen tindakan undang-undang (jika ada)

Apakah itu AKPK?

AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berukut:-

  • Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit,
  • Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah,
  • Pendidikan kewangan

Apakah tujuan penubuhan AKPK?

AKPK ditubuhkan dengan tujuan:-

  • menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan berhemah dan teratur melalui pendidikan kewangan, perkhidmatan kaunseling serta nasihat khusus dalam pengurusan kewangan dan kredit.
  • meneguhkan sistem perbankan di Malaysia dengan membantu institusi kewangan dalam usaha pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang kurang cekap.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?

1. Pendidikan Kewangan

  • Pendidikan Kewangan menyediakan program dan bahan pendidikan terutamanya mengenai penggunaan kredit secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

2.  Kaunseling dan Nasihat Mengenai Pengurusan Kewangan

  • Khidmat nasihat dan kaunseling mengenai Pengurusan Kewangan di mana AKPK memberi kaunseling dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan  wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan mereka.

3.  Program Pengurusan Kredit

  • Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka.

sumber : http://www.akpk.org.my/

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance