Archive for the ‘Claim’ Category

Apalah insuran nih nak claim tak boleh!!!

Baru baru ini aku ada berjumpa dengan seorang prospek yang tetiba jer call nak jumpa aku. Aku sebenarnya pelik bila ada orang call nak jumpa pasal insuran. Dari perbulan dalam telefon dia kata dia dapat no phone aku dari kawan. Aku tak kisah pon, bukannya senang nak ada prospect yang macam nih. Selalunya prospect akan mengelak bila kita nak jumpa pasal insuran. heheh rezeki aku agaknya.

Sampai waktu yang dijanjikan aku pon jumpalah mamat sorang nih yang aku namakan A. Rupa-rupanya A nak mintak tolong aku terangkan pasal polisi insuran yang baru di ambilnya. Dengan skill dan pengetahuan yang aku ada aku pon menerangkan polisi A.

Habis saja aku cerita A bertanya pada aku satu soalan. “Jadi kalau macam tuh saya tak boleh la bang guna polisi untuk claim kalau saya kena sakit teruk?” Haa inilah soalan yang aku tunggu-tunggu sebab dari awal A kelihatan begitu confident dengan polisi yang dimilikinya. Jawapan yang aku beri membuat muka A berkerut sebab dia tak boleh claim guna insuran nih kerana ia cuma insuran perlindungan untuk kemalangan jadi tak boleh lah nak guna untuk claim rawatan atau pampasan penyakit. Di bawah aku share lebih lanjut pasal insuran kemalangan diri.

Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan.

PA

PA

Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia.

Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza di antara syarikat insurans dan anda hendaklah memastikan bahawa anda membeli polisi yang memenuhi keperluan anda. Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikan di bawah polisi KD ialah:

Mati akibat kemalangan

Hilang upaya kekal

Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa

Belanja perubatan

Pembedahan pembetulan

Manfaat masuk hospital

Belanja pengebumian

Jadi kat sini aku nak tekankan bahawa insuran kemalangan diri hanya boleh digunakan sekiranya anda terlibat dengan KEMALANGAN sahaja. Saya ulangi KEMALANGAN sahaja. Jadi pertemian aku dengan A pada hari tu telah berjaya menyampaikan maklumat pada A bahawa dia masih kekurangan perlindungan insuran untuk dirinya. Dia perlu ada perlindungan untuk keperluan perubatan dan perlindungan untuk Penyakit kritikal untuk melengkapi keperluan insuran dirinya.

Untuk itu aku telah membuat satu temujanji dengan A untuk memberi penerangan pada dia berkenaan Insuran Penyakit kritikal beserta Kad perubatan untuk hospital Pakar. Mungkinkah A akan menambah polisi insurannya dengan aku???

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance