Archive for the ‘Cari duit’ Category

Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?

zero ke hero

zero ke hero

Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitustrategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri..hehe

Manarik kan?

Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.

Dapatkan Zero Ke Hero di sini.

Klik saja link diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!

Akhir sekali click sini.

Semoga berjaya!

Mitos bagi perancangan kewangan.

Pelbagai andaian dan telahan saya temui semasa bertemu pelanggan. Ramai diantara mereka melatah apabila ditanya mengenai perancangan kewangan. Berikut saya senaraikan beberapa andaian dan mitos yang popular.

Mitos bagi perancangan kewangan.

1. Perancangan kewangan hanya untuk Orang Kaya
Kerap kali kita yang mempunyai gaji tetap merasakan tidak perlu untuk membuat perancangankewangan kerana sumber kewangan yang terhad. Telahan ini silap sebenarnya, tidak kiralah samada kita bergaji tetap atau berpendapatan tidak tetap perancangan kewangan perlu diakukan supaya kebocoran wang tidak berlaku. selain itu agihan wang gaji dapat dibuat dengan berkesan supaya hujung bulan wang dipoket masih ada.  Jadi taklah kita makan maggi.

2. Perancangan kewangan bukan sekadar membuat baget bulanan.


Perancangan kewangan bukanlah hanya untuk memastikan gaji yang diperolehi mencukupi baget sehingga ke akhir bulan. Secara menyeluruh, perancangan kewangan meliputi insuran/takaful,pelaburan, simpanan,cukai, zakat, persaraan, harta dan pendidikan. Ilmu perancangan dan pembahagian ini perlu di cari atau dengan cara termudah mendapatkan nasihat dari orang yang pakar seperti agen insuran, agen unit trust, remiser dan agen cukai.

3. Ramai orang boleh memberi nasihat kewangan.
Betul semamangnya disekeliling kita ramai kenalan yang sudi memberi nasihat tentang kewangan. Tentunya anda mempunyai rakan yang tersiri dari agen unit trust, insuran dan broker saham. Namun begitu pengetahuan asas adalah sangat berguna supaya kita tidak tertipu dengan maklumat yang tidak lengkap atau sengaja diputar belitkan.

4. Perancangan pendidikan, Apa tu? perlu ker saya ambil tahu?

Kebelakangan ini kita banyak disajikan dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. jelas sekali bahawa persaingan untuk mendapatkan biasiswa amat sengit. Jadi pergantungan pada pinjaman adalah penyelesaian untuk memastikan anak kita mendapat  pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Perancangan awal untuk tabung pendidikan dapat memberi keselesaan kepada anak supaya dia tidak menanggung hutang sebaik sahaja mula bekerja.

5. EPF Saya sudah cukup untuk saya pencen.

Aha.. keyakinan ini ada asasnya ker? Kajian menunjukkan, Wang EPF habis dibelanjakan dalam masa 3 tahun sahaja oleh penerima wang tersebut. Kebanyakan dari mereka akan kembali bekerja kerana sudah kehabisan wang. Selain itu kadar insflasi yang sentiasa berlaku setia tahun telah menyebabkan kos sara hidup meningkat dan ini seiring dengan kenaikan kos perubatan.

6. Harta bukannya boleh dibawa mati. Biarlah waris saya yang menguruskannya bila saya tiada nanti.

Dalam hal ini, pastikan waris anda tahu apa yang anda ada dan apa yang anda telah lakukan terhadap harta anda. Bukan apa takut nanti ada harta anda yang tidak dituntut oleh waris pula. Gambar dibawah mungkin dapat memberi gambaran jelas.

Pembahagian Harta

Pembahagian Harta

Anda Dibebani hutang??

AKPK

AKPK

Mungkin anda malu untuk mengemukakan masalah anda pada rakan mahupun saudara mara. Jadi AKPK adalah tempat yang paling sensuai kerana mereka sememangnya dilatih dan dilantikuntuk menyelesaikan masalah mereka yang dibebani hutang, Namun begitu ada beberapa kriteria yang perlu di patuhi. Berikut adalah beberapa persoalan yang mungkin boleh menjawab pertanyaan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin menyertai Progaram Pengurusan Kredit AKPK?

Sekiranya anda ingin menyertai Program Pengurusan Kredit AKPK, anda harus mengikuti sesi taklimat yang diadakan setiap hari di ibu pejabat AKPK di Kuala Lumpur (Isnin – Sabtu). Taklimat turut diadakan dua kali seminggu di cawangan Pulau Pinang (Selasa dan Jumaat) dan Johor Bharu (Selesa dan Khamis). Untuk lokasi lain, sila rujuk laman web kami atau hubungi talian bebas tol kami. Ini akan membantu anda membuat keputusan samada untuk mengikuti program AKPK atau pun tidak.

Jika anda mengambil keputusan untuk mengikuti program ini, anda perlu berdaftar dengan AKPK dengan mengisi borang permohonan Program Pengurusan Kredit dan membawa bersama anda dokumen-dokumen sah seperti berikut:-

•    Kad Pengenalan
•    Salinan slip gaji untuk 3 bulan atau penyata akaun semasa/simpanan (jika bekerja sendiri)
•    Borang BE (Taksiran Cukai Pendapatan) and Penyata EA (Penyata Gaji Tahunan)
•    Penyata Pinjaman Terkini (Kad Kredit, pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dsb)- untuk tempoh 3 bulan
•    Dokumen tindakan undang-undang (jika ada)

Apakah itu AKPK?

AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berukut:-

  • Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit,
  • Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah,
  • Pendidikan kewangan

Apakah tujuan penubuhan AKPK?

AKPK ditubuhkan dengan tujuan:-

  • menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan berhemah dan teratur melalui pendidikan kewangan, perkhidmatan kaunseling serta nasihat khusus dalam pengurusan kewangan dan kredit.
  • meneguhkan sistem perbankan di Malaysia dengan membantu institusi kewangan dalam usaha pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang kurang cekap.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?

1. Pendidikan Kewangan

  • Pendidikan Kewangan menyediakan program dan bahan pendidikan terutamanya mengenai penggunaan kredit secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

2.  Kaunseling dan Nasihat Mengenai Pengurusan Kewangan

  • Khidmat nasihat dan kaunseling mengenai Pengurusan Kewangan di mana AKPK memberi kaunseling dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan  wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan mereka.

3.  Program Pengurusan Kredit

  • Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka.

sumber : http://www.akpk.org.my/

Duit pertama dari internet (Affiliate)

v

Sekadar contoh sahaja

Sekadar contoh sahaja

Alhamdulilah tanpa disangka rupanya aku dah mula menjana wang dari inernet. Sukanya tak terhingga. mungkin inilah yang dirasakan oleh mereka-mereka yang menjana wang di internet. Walaupun baru sedikit tapi perasaan puas atas hasil usaha amat berbeza dan sukar digambarkan.

Sumber wang berjaya dijana adalah melalui affiliate dari netkl penyedia hosting untuk blog ini. Alhamdulillah.

Lihatlah screen shoot dibawah yer….

Hasil Affiliate Netkl

Hasil Affiliate Netkl

Inilah hasilnya rupanya dari tahun lepas aku dah ada hasil dari internet. hehehehhe tak perasa. Maka dengan jumlah kecil ini aku akan berusaha lebih kuat untuk mengembangkan dan menambah jumlah yang ada.

Aku mesti berusaha
Aku pasti berusaha
Aku pasti berjaya.

Amin.

Fokus FOCUS Fokus

Focus

Focus

Sumber Gambar: http://stanfordcapoeira.org/

Kenapa aku pilih tajuk ni hari ni?

Sebenarnya aku dalam dilema untuk membuat keputusan berkenaan kerja yang hendak aku buat.

Bermacam benda yang aku fikirkan. Masalah kewangan semamangnya membelengu aku. Hutang yang perlu dibayar dan keperluan untuk komitmen harian membuat aku pening dan kusut. Dalam pencarian aku dapat jawapan pada kekusutan aku iaitu segala masalah aku hanya dapat diselesaikan dengan duit juga.

Namun apa yang menjadi masalah sekarang adalah sumber untuk aku dapatkan duit. Nak buat pinjaman aku dah tak layak sebab dah black list. Nak guna nama isteri aku dah tak boleh sebab dia dah tak kerja. Pening kepala dibuatnya. Aku tak ada pilihan selain kerja kuat untuk dapatkan banyak duit untuk selesaikan masalah hutang aku.

Untuk kerja pulak timbul lagi satu masalah. Aku tak tau nak fokus yang mana satu. Kerja insuran aku agak terganggu kebelakangan nih. Aku hilang fokus. Macam-macam yang berlaku dan membuat aku hilang punca dimana aku berada sekarang dalam bidang insuran. Mungkin inilah dugaan untuk aku dalam insuran. Cabaran utama adalah diri aku sendiri yang sering hilang fokus.

Aku pernah terjumpa ayat nih…

FOCUS

F = Forget

O= Other

C= Commitment

U= Until

S= Succeed

Tapi yang menjadi masalah aku adalah segala rentetan yang berlaku pada aku menyebabkan aku tak boleh untuk guna Makna FOCUS tersebut. Sampai hari ini aku tak dapat untuk fokus.

Sengaja aku ambil gambar yang kat atas untuk tatapan semua supaya dapat jadi pedoman. Kadang kala kita perlu melupakan komitmen lain untuk berjaya dan itulah yang belum dapat aku buat. Aku berdoa pada Yang Maha Kuasa semoga aku akan tetap capai impian aku untuk membahagiakan Keluarga aku yang tercinta.

Untuk FOKUS aku perlu mengorbankan banyak perkara. Yang pasti aku mesti bersedia untuk berkorban. Bak kata orang lama, pengorbanan adalah suatu yang sinonim untuk kejayaan. Aku dah senaraikan beberapa perkara yang perlu aku korbankan dan aku perlu kuatkan hati untuk berkorban.

Bagaimana Aku Memulakan Blog Ini. sambungan..

Sambungan dari episod sebelum ini

Selepas sekian lama aku peram domain aku yang nih dan peram segala ilmu yang aku laburkan sebanyak RM 380 dulu, aku telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula blog aku ni. Aku buka semula fail coaching dan orang rumah aku aku suruh print ebook smartzul untuk rujukan dan hasilnya inilah blog yang aku impikan selama nih. heheheh

Tapi kan sebenarnya apa yang membakar semangat aku untuk memulakan kembali blog ini adalah apabila aku dapat berita bahawa terdapat rakan yang pernah menjalani coaching dengan rohaizad ada yang telah menjana wang sampingan yang boleh dikatakan lumayan. Kalau dulu Nuaeman dan Shaffik telah membuktikan dan sekarang semakin ramai yang menampakkan hasil maka aku tak boleh ketinggalan. Aku juga mesti berbuat sesuatu.

Kali ini aku mesti pastikan bahawa ilmu yang aku tuntut tidak akan sia-sia. Aku berazam untuk berkongsi dengan pembaca blog ini bagaimana aku menjalankan aktiviti blogging aku. Tapi sebelum tu aku ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang seminar smart blogging yang dijadualkan pada 18 Oktober nanti. Aku berani jamin kepuasan dan tambah nilai ilmu yang bakal diperolehi melalui coaching ini. Rohaizad akan kongsi ilmu dia yang sememangnya Tak Tercapai Akalmu dan korang pasti teruja untuk mendegar topik berikutnya dan seterusnya.

Jadi kesimpulan yang aku ingin buat adalah, buat sesuatu jangan “hot-hot Chicken Shit” memang takkan ada hasilnya.

Kalau nak mula blogging belilah pakej blogging kit Smartzul dan untuk lebih advance dalam menjana income melalui

blogging, korang ikutilah seminar Rohaizad. Dia Aku boleh katakan sebagai Seorang coach yang amat sempoi dan penyampaiannya mantap.

Semoga catatan kali ini memberi manfaat pada anda.

Perjalanan aku sebagai Agen insuran part 1

Bermula pada tahun 2004 aku masih ingat bila ex-classmate aku kat UTM datang jumpa aku di Melaka dari JB untuk share pasal insuran. Pada masa tu aku kerja sebagai Supervisor disebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Jasin. Aku tak ambil pon insuran dengna kawan aku tuh sebab masa tuh bajet ciput giler. lepas-lepas untuk sara diri jer.

Aku tergerak untuk tanya kat member aku tuh Zul (nama sebenar) macam mana nak jadi agen insuran. So dia pon bagitau kat aku nanti balik jb dia daftarkan aku untuk periksa. Genap 2 bulan lepas tuh tak ada kabar berita dari Zul pasal periksa insuran aku, dan kebetulan aku turun JB untuk test PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik @ pegawai tidak Diambil) jadi aku pon ditemukan dengan En Zamsari yang merupakan unit manager pada masa tu. setelah dia bagi segala penerangan pasal kerjaya dan prospek masa depan agen insuran aku pon didaftarkan untuk periksa.

Aku ingat lagi masa nak periksa, aku stadi note pasal insuran tuh. nak lulus punya pasal. dan satu lagi yang aku tak lupa adalah kesanggupan Zamsari untuk datang ke Melaka untuk hantarkan slip periksa aku. Terharusiot masa tu.touching oooo. Kami jumpa di bas stand melaka yang lama yang kat tepi sungai tuh. Dia siapajar aku pasal konsep insuran. Aku ingat lagi dia ajar konsep Simpanan bagi produk endowment kalau kat Great Eastern yang mana kalau simpan, ambik bonus selepas setiap tiga tahun.

Dengan konsep tu yang aku guna aku dapat close 4 kes kalau tak silap aku. Bebudak kilang aku jadikan bahan eksperimen presentation aku yang ntah apa-apa ntah. Yang penting close beb. Tapi sumer dah lapse dah polisi nih sebab aku pindah tempat kerja diorang tak tau mana nak bayar. Masa aku suruh buat Auto debit tanak buat, suh bank in kat aku malas. tak boleh buat aper lah. Pengajaran kat sini, ajarlah customer anda untuk menggunakan fasiliti bank yang ada agar mereka dapat meneruskan pembayaran premium seandainya anda telah tiada.

Hari periksa tiba aku terkejut, rupanya ramai gila yang nak jadi agen insuran sebabmasa pereiksa tu jer 5 kelas kat sekolah Menengah Yok Bin (kalao orang melaka mesti tahu) digunakan. aku kira-kira dekat 150 orang yang amik periksa PCE masa tuh. pergh….saingan hebat nih. Dengan izin Allah hasil usaha stadi aku, aku dapat C untuk PCE. lulus beb. Maka bergelar lah aku sebagai Seorang agen insuran berlesen.

Nantikan sambungan Perjalanan aku sebagai Agen insuran part 2.

Aku beli produk Ewen Chia

Secara kebetulan aku tergatal tangan untuk klik kat folder spam yahoomail aku. Aku tak ingat mamat mana ntah ada mail aku pasal Ewen chia punya produk Secret Affiliate Weapon 2.0 tangan aku terasa gatal jer nak click kat link dia sebab aku pernah dengar nama Ewen Chia nih.

Sekali tengok punya tengok aku terkejut sebab harga dia punya produk murah giler $9.97. Apa lagi aku terus belilah.(untung kat mamat tuh 70% komisyen huhuhu). Belom pon habis stadi lagi produk nih. tinggal satu modul jer lagik. Rupa rupanya mamat Ewen Chia nih hebat giler. Meletop-letop dia punya income dari affiliate. Aku terus bersemangat gila nak baca produk dia.

Sememangnya dia telah membuka rahsia kejayaan dia. bukan sekejap tu nak bina kejayaan yang dinikmatinya sekarang. si Ewen nih dah mula stadi macam mana nak buat duit dari internet sejak 1997 lagi. tak hairanlah hasil usaha dia stadi sampai 2 ke 3 pagi berbaloi sekarang nih. Jadi….

Pengajaran pertama yang aku dapat, perbanyakkan ilmu untuk berjaya dalam sesuatu bidang.

Pengajaran kedua yang aku dapat, fokus pada lubang duit yang kita nak cari. Sebabnya si ewen chia nih
hanya fokus pada affiliate sahaja dan akhirnya dia jadi superaffiliate.

Pengajaran ketiga yang aku dapat jangan give up. teruskan usaha untuk capai matlamat.

Pengajaran keempat yang aku dapat, percayalah pada usaha yang kita lakukan, kalau usaha sikit kita dapatlah sikit. kalau usaha banyak kita dapatlah banyak.

Pengajaran kelima yang aku dapat, Kepentingan mailing list untuk memastikan kejayaan dalam internet marketing. Ewen Chia siap buat diagram bergambar tentang prospek. kat sini aku dapat tahu kenapa aku tak dapat2 lagi menjana dengan affiliate. Sebab trafik yang aku tarik ke laman promosi bukan jadi milik aku. jadi milik pemilik barang. Jadi kalau prospek tak beli maka penat jerlah yang kita dapar untuk tarik traffik.

Pengajaran keenam yang aku dapat, mulakan usaha sebaik sahaja kita dapat sesuatu ilmu.jangan dibiarkan lama2 terpendam dalam kepala. tak jadi apa beb. soo Ewen Chia pesan sebaik sahaja kita decide untuk memulakan perniagaan kita tak kira apa kita kena start bagitahu pada dunia tentang perniagaan kita. promosi, promosi, promosi.

Pengajaran ketujuh yang aku dapat, gunakan autoresponder, hehehhe aku gunakan Awaber . Sememangnya eweber nih user friendly. tutorial videonya amat membantu dan penggunaannya mudah.

Bagi yang ingin mendapatkan produk Secret Affiliate Weapon 2.0 nih aku suggetkorang belilah sekarang sebab harganya pada masa aku menaip post nih dah naik menjadi $27. hahahah aku pasti ia akan naik lagi.

Aku sedang dalam proses untuk fokus pada lubang duit aku iaitu affiliate and blogging. Alhamdulilah blog english aku untuk market antarabangsa dah siap aku setup. Nantikan kesudahan pencapaian aku yer.

Projek Duit Raya

Gerai Kuih

Gerai Kuih

Ini adalah gambar gerai aku. Projek ini adalah usahasama suami isteri hehhee.

Tahun ini merupakan satu tahun yang membawa banyak rezeki untuk aku. Ntah macam mana kami tergerak untuk jual kuih raya. Macam-macam cabaran yang kami hadapai untuk ’set up’ gerai nih.

Bermula dengan modal. Nasib baik ada kengkawan yang support untuk loan tanpa faedah. hehehe jasa korang takkan aku lupakan. Mak mertua ku pon teramat membantu dengan modal pinjaman darinya. Terima Kasih Mak.

Pastu masalah tempat pulak. Boleh ker last minute cancel. Tension betul aku. Nasib baik adik ipar aku dapat cari tempat lain. kaloo tak… haru aku dibuatnya. Mana nak display stok kuih yang aku ada tuh???

Akhirnya kami dapat mendirikan gerai idaman kami seperti dalam gambar. Alhamdulillah.

Lokasi : Bazar ramadan Simpang Renggam.
Kedudukan : Gerai paling hujung sekali bersebelahan gerai buah.

Terima kasih tak terhingga pada Supplier kuih Cookies Talk (Forever food) dan Ain Cookies yang bagi term teramat menarik. Tahun depan panjang umur confirm kita akan deal bisness lagi.

Penggerak utama gerai nih adalah adik aku Azari yang masih menganggur. (baru abis politeknik). kalau tak ada dia tak tau gak aku nak cari orang jaga gerai nih.

Buat masa nih, sale slow sangat. Biasalah kot orang akan bli last minute. Ramai yang datang survey harga dulu. kendian baru diorang datang balik katanya….

Jadi aku berserah pada Yang Maha Kuasa yang memberi rezeki. Semoga kuih kami akan dapat dijual sampai habis.

Nantikan kesudahan kisah gerai aku ya. Insyaallah aku akan update lagi.

Selamat berbuka.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance