Archive for the ‘Blog’ Category

Back up file And Change directory.

Pergh…penatnya…Aku baru saja selesai meng”copy” dan Meng”paste” segala post yang telah aku buat.
Hari ini aku belajar tentang back up file dan menukar directory.

Perasan atau tidak sebelum ni url link aku adalah http://hisamnaza.com/blog dan sekarang bertukar http://hisamnaza.com. Semuanya berlaku pada hari ini. Aku main cuba jer nak tukar directory untuk blog aku. taknak lagi guna “/blog.com.” aku nak terus”.com” jadi tanpa selidik atau serch kat mana-mana aku try and error menggunakan ftp aku filezilla. Tanpa guide aku main ikut logik aku jer. Dan kesudahannya blog aku hancur….
sedihnya….

Rupanya semasa backup (aku download dari folder public html ker folder dalam PC aku) ada file yang failed transfer. kemudian aku uplod kembali terus ke public html dan blog terpapar tanpa cacat. Tapi bila aku nak log in kar bahagian Admin error muncul. kemudian muncul dan muncul lagi.

Last-last aku geram aku uninstall wordpress dan aku install balik. Nasib baik Theme aku ada backup. selamat aku. Pastu segala post aku ada save kat notepad, jadi tinggal copy and paste. Cuma gambar jer kena upload kembali. hahahhaha. Padam muka aku.

Pengajaran hari ni, Selidik dulu untuk membuat back up file. Kena belajar lagi pasal FTP dan buatlah penulisan di notepad dan simpan. berguna kendian hari.

p/s: Tadi aku brainstorming untuk kelurkan satu report yang boleh membantu untuk menambahkan duit poket. Nantikan kemunculannya ya.

Duit pertama dari internet (Affiliate)

v

Sekadar contoh sahaja

Sekadar contoh sahaja

Alhamdulilah tanpa disangka rupanya aku dah mula menjana wang dari inernet. Sukanya tak terhingga. mungkin inilah yang dirasakan oleh mereka-mereka yang menjana wang di internet. Walaupun baru sedikit tapi perasaan puas atas hasil usaha amat berbeza dan sukar digambarkan.

Sumber wang berjaya dijana adalah melalui affiliate dari netkl penyedia hosting untuk blog ini. Alhamdulillah.

Lihatlah screen shoot dibawah yer….

Hasil Affiliate Netkl

Hasil Affiliate Netkl

Inilah hasilnya rupanya dari tahun lepas aku dah ada hasil dari internet. hehehehhe tak perasa. Maka dengan jumlah kecil ini aku akan berusaha lebih kuat untuk mengembangkan dan menambah jumlah yang ada.

Aku mesti berusaha
Aku pasti berusaha
Aku pasti berjaya.

Amin.

Tukar Theme Baru

Diri ini

Diri ini

Buat kali ke empat aku telah menukar theme aku yang baru.

kali ini aku amat puas hati sebab dah boleh masukkan banner affiliate yang nak aku masukkan.

Kali ini aku dah finalize yang aku takkan tukar lagi theme. hehehheeh

Yang asti aku boleh tidur lena malam nie sebab dah dapat cara untuk edit thame dan side bar.

Terima kasih untuk life4hire kerana atas tunjuk ajarnya aku dah boleh buat sedikit editing untuk thames aku.

p/s : saja jer add gambar nih. hehehhe

Bagaimana Aku Memulakan Blog Ini. sambungan..

Sambungan dari episod sebelum ini

Selepas sekian lama aku peram domain aku yang nih dan peram segala ilmu yang aku laburkan sebanyak RM 380 dulu, aku telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula blog aku ni. Aku buka semula fail coaching dan orang rumah aku aku suruh print ebook smartzul untuk rujukan dan hasilnya inilah blog yang aku impikan selama nih. heheheh

Tapi kan sebenarnya apa yang membakar semangat aku untuk memulakan kembali blog ini adalah apabila aku dapat berita bahawa terdapat rakan yang pernah menjalani coaching dengan rohaizad ada yang telah menjana wang sampingan yang boleh dikatakan lumayan. Kalau dulu Nuaeman dan Shaffik telah membuktikan dan sekarang semakin ramai yang menampakkan hasil maka aku tak boleh ketinggalan. Aku juga mesti berbuat sesuatu.

Kali ini aku mesti pastikan bahawa ilmu yang aku tuntut tidak akan sia-sia. Aku berazam untuk berkongsi dengan pembaca blog ini bagaimana aku menjalankan aktiviti blogging aku. Tapi sebelum tu aku ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang seminar smart blogging yang dijadualkan pada 18 Oktober nanti. Aku berani jamin kepuasan dan tambah nilai ilmu yang bakal diperolehi melalui coaching ini. Rohaizad akan kongsi ilmu dia yang sememangnya Tak Tercapai Akalmu dan korang pasti teruja untuk mendegar topik berikutnya dan seterusnya.

Jadi kesimpulan yang aku ingin buat adalah, buat sesuatu jangan “hot-hot Chicken Shit” memang takkan ada hasilnya.

Kalau nak mula blogging belilah pakej blogging kit Smartzul dan untuk lebih advance dalam menjana income melalui

blogging, korang ikutilah seminar Rohaizad. Dia Aku boleh katakan sebagai Seorang coach yang amat sempoi dan penyampaiannya mantap.

Semoga catatan kali ini memberi manfaat pada anda.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance