Archive for May, 2010

15 amalan untuk Khusyuk dalam solat

Salam untuk semua.

Salam pencarian saya menemui tips yang sangat baik untuk dikongsi dengan semua pembaca. Tips ini saya perolehi dari blog Ohislam.com.  Terima kasih atas perkongsian anda.

diambil dari ibnuahmad149.blogspot.com

diambil dari ibnuahmad149.blogspot.com

Amalan untuk Khusyuk dalam solat.

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Semoga boleh menjadi amalan untuk semua.

Sekian

Selamat Hari Buruh

Hari Buruh

Hari Buruh

Sinis sungguh Gambar diatas kan? :)

Dalam meraikan hari buruh, tahukah anda sejarah dan asal usul hari buruh? berikut adalah sejarah hari buruh menurut wikipedia.  Namun, siapakah yang dikategorikah sebagai buruh?? Adakah hanya pekerja ladang? Buruh binaan? Operator Kilang? Peniaga? Pengusaha? Cuba lihat Gambar Dibawah Pula.

Hari Buruh

Hari Buruh

Yang pasti hari ini merupakan cuti yang disambut oleh satu dunia. dan di tarikh bersejarah ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan sesuatu yang bersejarah dalam hidup mereka. Hari ini sahaja saya ada 2 Jemputan Perkahwinan.tapi hanya satu yang dapat saya pergi. Selamat pengantin baru.

Bagi yang lain saya pasti ramai yang pergi bercuti bresama keluarga. Teringat zaman merempit dulu, 1 Mei kami sekampung pasti akan pergi berkonvoi beramai-ramai. Pernah kami pergi ke Air Papan Mersing dan sehingga ke Port Dickson Negeri Sembilan.  Sempena Hari Buruh menjadi moto konvoi. Macam-Macam hal berlaku…. hahahah

Sekadar Hiasan sahaja

Sekadar Hiasan sahaja

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance