Needs Vs Wants

Yang mana satu perlu didahulukan.
Dalam kehidupan seharian, kita sering tersepit untuk menetukan samada sesuatu itu keperluan atau kehendak.
Namun apakah petunjuk yang boleh kita gunakan untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi menentukan Keperluan dan Kehendak??
1) Naluri?
2) Nafsu?
3) Keperluan Asas?
4) Keinginan untuk sama dengan orang lain?
5) Untuk kepuasan diri?
6) Untuk kepuasan Orang lain?
7) atau Saja-saja.
Apa itu keperluan dan apa itu kehendak? Bagi saya keperluan adalah sesuatu yang mesti ada bagi memenuhi keperluan asas setiap masa dari dulu kini dan selamanya. Contohnya Makanan,Pakaian,Tempat tinggal,dan Pendidikan. Manakala kehendak pula bagi saya adalah sesuatu yang tidak begitu diperlukan dan senadainya tiada pon tak mengapa.
Membeli pakaian setiap bulan bagi menambahkan koleksi dalam almari.
Keperluan atau Kehendak?
Menggantikan Sport rim kereta yang tidak rosak kepada yang baru kerana terjumpa brand yang lain bagi mencandikkan kereta.
Keperluan atau Kehendak?
Membeli Insuran perubatan supaya dapat rawatan di hospitan swasta.
Keperluan atau Kehendak?
Menonton wayang setiap kali ada filem baru bagi memeriahkan industri filem tanah air.
Keperluan atau Kehendak?
Membeli rumah yang besar bagi memberi keselesaan untuk ahli keluarga.
Keperluan atau Kehendak?
Menukar kereta kancil kepada BMW kerana ingin menunjuk bahawa sudah berjaya dalam perniagaan yang baru setahun diceburi.
Keperluan atau Kehendak?
Menabung untuk pendidikan anak-anak supaya anak tidak perlu meminjam untuk melanjutkan pelajaran.
Keperluan atau Kehendak?
Membelikan anak-anak mainan yang dikatakan untuk mengembangkan minda sedangkan anak tersebut hanya berminat untuk main selam seminggu sahaja.
Keperluan atau Kehendak?
dan Macam-macam lagilah.
Yang penting kita sendiri dapat menentukan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan.
Anda Tentukan.

Pilihan di tangan anda.

April 30th, 2010
hisam
Posted in
Tags: 






salam..
keperluan dan kehendak..
perkara ni ade dibincangkan dlm subjek kajian tempatan sekolah rendah kalau tak silap saya(ingt2 lupa)..tapi kita memang selalu kalah dgn nafsu(kehendak) especially in term of spending money..sampai kdg2 keperluan pun diabaikan..
contoh: rokok x penah miss, tapi sewa rumah x cukup duit nk byr..hehe