3 hari tanpa Internet dan menyempurnakan majlis perkahwinan adik ipar merupakan sesuatu yang memenatkan.

Kos perkahwinan
Hari Jumaat Selamat kedua mempelai di Ijab Kabulkan di Kg Sungai Boh, dan Sabtu Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Cuaca redup di iringi hujan rintik maka sejuklah pengantin berarak dalam hujan renyai. Hari Ahad majlis disebelah Ibu mertua Aku di Kg Bakar Arang berlangsung dengan cuaca yang amat cerah. Ais lapan bungkus tidak cukup sehingga brother Dol ice cube terpaksa datang semula menghantar bekalan ais. Namun Rahmat Allah turun dalam Jam 4.15, hujan turun mencurah-curah memberi kelegaan dari panas terik.
Siang tadi kami Ipar duai berkerja sama mengemas rumah dan membuka khemah yang disewa. Segalanya selesai Jam 2 petang dan Doa kesyukuran berlangsung selepas Asar. Selepas Maghrib kami berangkat balik ke Pulai Emas dan tertaiplah post ini. Dalam menaip post ini tetiba terpikirkan berapalah agaknya adik ipar aku tu habis untuk majlis dia yerk. Maka aku pon Google “kos perkahwinan” dan Pakdi telah memberi satu gambaran yang jelas dan menarik untuk dikongsikan.

March 22nd, 2010
hisam
Posted in
Tags: 





