Kenapa Ramai Gagal Untuk Mencapai Matlamat

Di awal tahun ini saya sangat suka untuk menyenaraikan sebab-sebab mengapa ramai gagal untuk mencapai matlamat mereka. Sama seperti saya dan orang lain saya pasti tidak semua matlamat yang dirancang berjaya dicapai sepenuhnya malah lebih teruk apabila tiada satu pon yang berjaya dicapai seperti gambar dibawah ini.

Miss target

Miss target

Namin begitu, kegagalan mencapai matlamat pada tahun lepas bukan bermakna kita akan gagal juga pada tahun ini. Usaha yang paling maksima diperlukan untuk memastikan matmalat matlamat dapat dicapai dan jangan lupa memohon kepada Allah supaya segala usaha yang dilakukan dapat mencapai matlamat kita. Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi sebab kepada kegagalan mencapai matlamat.

Sebab pertama Matlamat yang samar dan tidak spesifik.
Penyelesaian Perincikan kemahuan anda yang sebenar dengan sejelas-jelasnya.

Ramai orang yang menetapkan matlamat seperti ini. Sebagai contoh, saya ingin menguruskan badan, saya ingin memiliki lebih banyak wang. Kelihatan seperti mereka jelas terhadap matlamat mereka namun sebenarnya matlamat itu masih samar dan tidak spesifik.

Matlamat tersebut lebih jelas apabila ditulis seperti ini, “Saya mesti menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam masa 3 bulan supaya saya mencapai berat badan 50kg”

Sebab Kedua Mudah hilang fokus
Penyelesaian Tumpukan fokus anda pada matlamat setiap hari.

Penyakit ini sememangnya dialami oleh ramai orang. Ramai yang menulis dan menetapkan matlamat, namun mereka melupakannya atau meinggalkannya hanya tertulis di dalam diari tanpa mengulang baca atau mengingati matlamat tersebut.

Saya telah menulis matlamat saya di muka depan Diari saya dan telah membacanya setiap pagi sebelum saya kepuar bekerja. Tujuan utama saya berbuat demikian adalah supaya saya sentiasa ingat pada matlamat saya dan mendorong saya untuk mengejarnya.

Sebab Ketiga Sekadar keinginan bukannya komitmen
Penyelesaian Kongsi matlamat dengan orang lain.

Komitmen yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan untuk mencapai matlamat, oleh yang demikian jadikanlah matlamat anda sebagai satu komitmen bukannya sekadar satu keinginan. Jika anda menjadikan matlamat sebagai satu kemestian anda pasti akan mencapai matlamat tersebut.

Memberitahu orang lain mengenai matlamat yang telah dibuat sangat berkesan untuk memastikan kita menjadikan matlamat kita sebagi satu komitmen. Beritahu pada rakan kenalan, ahli keluarga dan rakan sekerja mengenai matlamat anda. Secara tidak langsung firikan anda akan menumpukan pada matlamat tersebut dan tentunya anda akan mengambil tindakan untuk mengejar matlamat tersebut bagi membuktikan bahawa anda bukan beromong kosong.

Sebab Keempat Kurang Jati diri dan lemah
Penyelesaian Tumpukan pada tindakan

Masalah utama kebanyakan manusia adalah mereka tidak mengambil tindakan yang secukupnya untuk mencapai matlamat. Apabila menempuh halangan mereka mudah kalah dan kurang daya juang. Selain itu mereka sering digagalkan oleh perasaan “TAKUT”, “MALAS”, dan “TIDAK PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI”.

Walaupun mereka tahu bahawa hasil adalah selaras dengan usaha namun daya juang ini sememangnya kurang dan menjadi halangan besar. Hilangkanlah perasaaan seperti ini. Ingatlah kepada motto NIKE “Just Do It”. Lakukan tindakan yang menjurus kearah mencapai matlamat anda. Jika bertemu halangan, jangan mengalah, fikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut. InsyaAllah anda akan bertemu penyelesaian.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance