Seorang Peniaga kerepek menjadi jutawan dengan hanya bermodal permulaan RM 5o. Arhh..mengarutlah..Modal ciput mana boleh Jadi jutawan…Ehhh.. betul apa. Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

Hah... percaya lah..
Selepas membaca keratan ini saya dapat rasakan betapa gigihnya en Ahmad Termizi berusaha sejak dari mula hingga berjaya menjadi jutawan kerepek. Bayangkanlah dari modal RM 50 Beliau berjaya mengubah nasibnya hingga jadi jutawan. Maka tiadalah alasan untuk tidak menjadi kaya jika kita tiada modal. En ahmad Termizi telah membuktikan dan yang pasti kegigihan dan keazaman untuk berubah telah membawa beliau kepada kejayaan.
Seperti saya sebelum ini banyak kali melabur RM 50 pada program-program scam yang dianjurkan dengan niat untuk jadi jutawan. Program reseller, surat berantai hinggalah program sumbangan ikhlas sumer telah saya cuba.heheheh sebenarnya saya kurang ilmu untuk menjadi jutawan dan akhirnya tertipu. Mungkin penganjur program-program tersebut telah menjadi jutawan sekarang ini. Siapa tahu kan.
Tetapi dari pengalaman ini saya belajar kepentingan menuntut ilmu terlebih dahulu barulah berusaha. Jangan main gasak jer..alamat hanguslah duit yang ada. Banyak kelemahan yang saya kenalpasti dari program ini terutamanya dalam marketing dan promosi. Maka saya ingin tekankan disini bahawa untuk menjamin kejayaan perniagaan Online dan Offline, strategi pemasaran dan promosi amatlah penting. Sekali lagi saya ingatkan pemasaran dan Promosi, pemasaran dan promosi dan pemasaran dan promosi.
Tetapi disini saya ada beberapa program yang boleh anda sertai dan konfirm anda akan jadi jutawan. Syaratnya mudah sahaja, anda Wajib jadi pemenang kerana hadiahnya adalah RM 1 000 000. Hah tunggu apa lagi.. cepat sertai salah satu program ini.



p/s : Jangan marah arrr..

January 8th, 2010
hisam
Posted in
Tags: 





