Bersara merupakan salah satu impian bagi seorang pekerja. Di Malaysia umur bersara adalah 55 tahun dan dimasa kini saya amat yakin bahawa ramai yang menyambung kontrak untuk bekerja. Menikmati persaraan adalah satu senario yang sangat berbeza bagi setiap orang.

Merancang persaraan anda lebih awal
Saya pernah melakukan sedikit kajian terhadap persaraan dikalangan peniaga pasar basah di sekitar Skudai dan pelbagai jawapan saya terima. Kebanyakan daripada mereka memberi jawapan bahawa mereka akan terus berniaga walaupun telah menjangkau umur untuk bersara kerana bagi mereka berniaga dan bekerja adalah menjadi darah daging mereka. Namun begitu terdapat juga sebilangan yang menyatakan bahawa mereka berniaga untuk mengumpul wang bagi bersara awal.
Disini saya akan bincangkan tips untuk merancang persaaan anda.
Tips no. 1: Tetapkan umur untuk bersara.
Setiap orang mempunyai target masing-masing untuk mereka bersara. Ada yang ingin bersara pada umur seawal 40 tahun dan ada yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi anda tentukan umur anda untuk bersara. Umur bersara akan menentukan jumlah tahun yang bakal anda lalui tanpa bekerja dan menjana wang. Ini sangat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.
Tips no. 2: Tetapkan tempoh waktu persaraan.
Tempoh waktu persaraan boleh dikira dengan menggunakan tempoh mortaliti umur manusia. Menurut kajian, secara purata lelaki sekarang boleh hidup sehingga umur 75 tahun manakala wanita boleh hidup sehingga umur 80 tahun. Maka sekiranya anda seorang wanita dan ingin bersara pada umur 55 tahun, tempoh untuk anda bersara adalah selama 25 tahun (80 tahun-55 tahun).
Tips no. 3 : Tetapkan jumlah wang yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan.
Satu kajian umum menyatakan bahawa, pesara memerlukan sejumlah 60% daripada gaji terakhirnya untuk menampung keperluan selepas bersara. Sekiranya gaji terkhir yang diterima adalah RM 5000 setiap bulan, maka sebanyak RM 3000 diperlukan setipa bulan untuk bersara. Namun begitu anda sendiri boleh mencongak keperluan anda yang dijangka untuk digunakan untuk menyara keperluan bulanan anda. Faktor penyusutan wang akibat inflasi patut diambil kira dalam langkah ini.
Tips no 4: Tentukan instrumen pengagihan wang semasa bersara.
Insrtumen yang saya maksudkan disini adalah sama seperti wang pencen yang diterima oleh pesara kerajaan dimana setiap bulan mereka akan menerima wang persaraan. Sebagai orang persendirian, instrumen yang boleh anda gunakan adalah Bank dan juga syarikat kewangan yang menawarkan skim-skim anuiti seperti syarikat insuran dan syarikat pelaburan amanah (Unit Trust).
Tips no 5: Menetapkan jumlah wang yang perlu ada pada masa mula bersara.
Penetapan jumlah wang untuk bersara adalah berdasarkan kepada keperluan bulanan yang telah anda tetapkan pada Tips no. 3. Jumlah wang ini bergantung kepada instrumen pengagihan wang yang bakal anda tentukan di Tips no 4. Saya berikan satu contoh yang menyamai contoh pada Tips no. 3 dimana keperluan bulanan untuk bersara adalah sebanyak RM 3000. Jika anda mempunyai wang pelaburan sebanyak RM 360 000 dan menghasilkan pulangan 10% setiap bulan maka jumlah RM3000 telah berjaya dicapai.
Pelaburan Asas : RM 360 000
Pulangan Tahunan : 10%
Keuntungan tahunan : RM 36 000
Keperluan bulanan : RM 3000 (Tercapai RM 36 000/ 12 bulan)
Oleh yang demikian Wang pelaburan asas anda tidak boleh diusik langsung dan menjamin keperluan anda untuk bersara dengan memperolehi wang RM 3000 setiap bulan tanpa perlu risau.
Tips no. 6: Menentukan jumlah wang yang perlu disimpan.
Untuk menentukan jumlah wang yang perlu untuk disimpan jangan lupa memasukkan jumlah wang yang ada si KWSP dan jumlah wang simpanan persendirian yang telah anda buat sendiri.
Rancang lah untuk persaraan anda seawal mungkin bagi membolehkan anda memiliki masa yang lebih panjang untuk menikmati persaraan. Anda juga boleh mengunakan calkulator persaraan (retirement calculator) yang ada di internet untuk membuat anggaran wang yang perlu anda simpan.

January 20th, 2010
hisam
Posted in
Tags: 





