Archive for January 10th, 2010

AJL, Tajaan Dan Pengiklanan

Tahniah buat Aizat dan Pete Teo kerana telah dinobatkan sebagai Juara lagu AJL (Anugerah Juara Lagu)ke 24. Pada Saya kekuatan lagu ini terletak pada bait-bait Lirik oleh Amran Omar yang begitu menyentuh jiwa. Puitis sungguh. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Kepelbagaian persembahan yang ditonjolkan juga begitu menarik terutama oleh otai rock kapak Malaysia Search yang begitu gempak walaupun suara Amy kurang menyengat.(ait kesitu pulak) Persembahan bersahaja Yuna dan kekuatan lagu Dan Sebenarnya melayakkan dia menduduki tempat kedua.

Namun apa yang ingin saya tuliskan sebenarnya adalah Kuasa Tajaan dan Pengiklanan semasa AJL kali ini. Hotlink seperti biasa menjadi antara penaja utama dan LOREAL juga melabur untuk menaja. Saya pasti peruntukan untuk tajaan kali ini berjumlah berjuta ringgit dan apakah kesannya untuk syarikat mereka?

Rating penonton pada semasa siaran langsung tentunya amat tinggi sekitar 3 juta dan lebih dan jumlah inilah yang menjadi taruhan kepada para penaja untukemmpromosikan syarikat mereka. Anda perasan tak ada segmen Ally Iskandar mengambil gambar bersama penonton dan langsung dia mengatakan bahawa gambar tersebut akan diuplload terus ker Twitter. Haaa inilah rahsia mereka sebenarnya. Saya pasti ramai yang menggilai laman sosial seperti twitter dan Facebook sedang menonton AJL semalam dan secara tidak langsung Hotlink telah menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh terus melayari Facebook dan Twitter hanya melalui IPhone. Pasti hari ini ramai yang akan mencari I phone.

Begitu juga dengan Loreal, tajaan yang dilaburkan adalah untuk mempromosi produk2 keluaran mereka. Bayangkanlah seandainya 1% dari 3,000,000 penonton semalam menjadi pelangan mereka pada hari ini. Seramai 30 000 pelanggan baru telah mereka perolehi. Itu kalau 1%, Kalau 10%…haaa kiralah sendiri..Satu pelaburan yang menguntungkan. Phew..

Maka tidak hairanlah mengapa Syarikat-syarikat besar memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk promosi berterusan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan jenama mereka dan kekal bersaing di pasaran. Oleh itu bagi mereka yang menjalankan perniagaaan, teruskanlah mempromosi perniagaan anda dan jangan lokek untuk melabur dalam pengiklanan. Pulangannya pasti ada.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance