Archive for December, 2009

Coundown 2010 di Studio Fuhyoofm.com

Dalam menyambut tahun baru 2010 nih dimana anda lokasi yang anda pilih untuk meraikannya? Saya dan Isteri telah

Posing dalam pejabat fuhyoofm

Posing dalam pejabat fuhyoofm

berkesempatan untuk meraikannya di studio fuhyoofm di Bandar Baru Uda JB. Kesudian pihak pengurusan FuhyooFm memberi ruang untuk kami para blogger bersiaran amat kami hargai.

Bersama Wanmus bersembang yang tak 'on air'

Bersama saya semasa bersiaran di Studio tadi ialah Orang rumah saya, En Rohaizad, En Wanmus,En Zulfadli,En Zamrin,En Shaffik, En Nuaeman,en Zairizad,En Herman,En Zaki aka cyza. Para dj-dj jemputan bersiaran

Ruang pejabat telah diubahsuai untuk dijadikan studio sementara bagi membeolehkan kami bersiaran beramai-ramai. nak guna konti tak muat sebab ramai sangat. Yang pasti suasana sangat sangat happening dan tidak terasa masa berjalan.

Tepat Jam 12 malam, en Nuaeman telah membaca doa untuk pembukaan tahun baru.semoga tahun 2010akan membawa lebih kebahagiaan buat kita semua.

Ustad Nuaeman membaca doa menyambut 2010

Ustad Nuaeman membaca doa menyambut 2010

Sememangnya permulaan tahun 2010 adalah satu permulaan yang bagus untuk saya kerana mendapat aura2 dari para otai. Semoga Saya dapat mencapai matlamat saya pada tahun ini. Amin.

Para IM dan blogger telah menamatkan siaran pada Jam 2.45 pagi tadi. Saya doakan semua rakan blogger dan IM akan lebih berjaya pada tahun 2010.

p/s : dah download blom laporan PERCUMA saya? dapatkan disini.

Selamat Tahun Baru dah Hadiah dari saya.

2009

2009

Berlabuh sudah tirai 2009 dan bermulalah tahun 2010

Untuk memulakan tahun baru ini saya ada hadiah untuk pembaca dan pelawat blog ini. Satu laporan PERCUMA dari saya bertajuk “Cara simple untuk menetapkan matlamat yang power”.

Matlamat

Matlamat

Klik pada GAMBAR atau klik sini untuk mendownload laporan ini.

Sebarang komen dan pertanyaan bolehlah emailkan kepada saya di  hisamhamid@gmail.com

P/S :  Seandainya anda merasakan rakan2 anda memerlukan laporan ini sebarkanlah kepada mereka. : )

Apa itu Matlamat.

Saya sangat suka menyelusuri blog dan web web untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sahabat saya mengajar cari dulu kendian kalau tak faham baru bertanya. Memang betul kata dia pasti kita jumpa punya. Tanya jer kat Pakcik google pasti ada. Samada lengkap atau tidak sahaja.

Dalam pencarian saya terjumpa satu post nih. Sangat menarik untuk saya kongsi bersama pembaca blog nih. Apa itu matlamat saya ambil dari blog http://hamidah-usahawan-naco.blogspot.com. Enjoy it.

Bagaimana kehidupan anda hari ini? Sudahkah ia berubah? Maksudnya berubah mengikut sebagaimana yang anda inginkan? Keadaan anda hari ini hanya ada 2 keadaaan sahaja iaitu samada naik atau turun. Memang itu lah hakikat kehidupan, sama ada kehidupan anda lebih baik atau lebih buruk dari dulu. Sudah tentulah kita mahukan kehidupan yang lebih baik, lebih berjaya dari sebelum nya.

Jadi untuk menjadi kan kehidupan yang lebih baik, perlu lah ada satu matlamat atau arah yang hendak dituju. Ada matlamat yang hendak anda capai. Ada sebab mengapa anda hendak mencapai matlamat anda itu.

Seorang yang bijakpandai pernah berkata,”Punca utama mengapa seseorang itu boleh berterusan gagal, bukan kerana kurang semangat, tidak ada motivasi tetapi kerana satu faktor yang amat besar iaitu tidak mempunyai arah atau matlamat.” Matlamat itu amat penting. Ia umpama peta dan kompas. Anda boleh terdampar di mana-mana saja tanpa peta dan kompas. atau anda boleh sesat, sampai di tempat yang tidak anda sukai.

Perlu diingat, bahkan orang yang mempunyai matlamat pun adakalanya tak sampai ke arah yang hendak dituju, inikan pula orang yang tidak mempunyai matlamat.

Begitulah, dalam hidup ini, banyak cabang, banyak jalan dan banyak arah yang hendak di tuju hingga menyebabkan seseorang itu bingung – arah manakah yang hendak dituju. Anda mesti menentukan arah dengan tepat barulah arah itu boleh anda lalui dengan jayanya.

Matlamat pula hanya akan tercapai jika anda mengenali secara terperinci hakikat sebenar matlamat. Bukan setakat ‘Apa itu Matlamat’ tetapi lebih mendalam lagi. Bila anda telah mengenali matlamat, peluang untuk mencapainya lebih terbuka luas.

Untuk menjawab soalan, “Apakah itu Matlamat’ – ialah apa yang sangat-sangat anda hajati. Jika anda tidak bersedia, tidak ada hati nak mencapainya, ia adalah angan-angan. Tetapi jika angan-angan anda itu disertai dengan kemahuan yang kuat untuk mencapainya, berusaha sedaya upaya mencapai apa yang di angan-angankan – maka itulah sebenarnya Matlamat.

Apakah matlamat yang baik sebenarnya? Inilah sebahagiannya:

* Ia tidak bertentangan dengan agama
* Ia tidak merosakkan diri sendiri apatah lagi orang lain
* Bukan 100 peratus kerana wang
* Ramai yang mendapat faedah jika matlamat anda tercapai
* Tidak mementingkan diri sendiri
* Tidak mempergunakan orang lain sebaliknya mereka yang membantu anda mencapai matlamat itu mendapat faedah yang sama atau lebih dari anda
* Yang penting sekali, anda mestilah mendapat kerjasama orang lain; tanpanya matlamat anda mustahil boleh dicapai.

Mungkin gambaran dibawah akan lebih menbantu.

P/S : Saya sedang menyediakan satu report tentang cara simple untuk menetapkan matlamat. InsyaAllah malam ini saya akan beri sebagai hadiah percuma kepada semua kenalan saya. : )

Adakah anda bersedia untuk bersara?

Fakta yang perlu kita ambil tahu

Baru-baru ini semasa di kampung saya telah mendapat satu ilham yang menarik berkenaan persaraan @ “retirement”. Sebelum ini saya berpendapat orang yang bersara kebanyakannya akan bersara dengan disara oleh anak-anak. sebenarnya jangkaan saya amat meleset sekali.Namun pertemuan saya dengan seorang pak haji telah membuka mata saya.

Bayangkan dengan keadaan ekonomi sekarang yang melibatkan wang yang banyak untuk bersara. Kenapa?
Kepeluan asas terhadap makanan, pakaian dan tempat tinggal mesti disediakan.Tidak boleh tidak. Mesti diadakan. Oleh itu bagaimana nak memastikan wang sentiasa ada setiap bulan untuk keperluan asas ini.

Bagi Pak haji M(bukan nama sebenar) persediaan untuk bersara telah dilakukan seawal dia berumur 30 tahun. Apa yang dilakukan adalah membuat pinjaman untuk membeli sebidang tanah seluas 10 Hektar dan ditanam Kelapa Sawit (sekarang) sebelum ini ditanam getah. Genap umurnya 50 tahun, hutang tanah sudah selesai dan sekarang dia menikmati Persaraan dengan wang dari hasil kebunnya.

Sekadar Gambar hiasan

Sekadar Gambar hiasan

Saya bertanya, kemana perginya wang simpanan KWSPnya? dengan senyuman dia menjawab, Duit KWSP dah jadi rumah nih dan kawinkan 2 orang anaknya. Tak sampai 2 tahun dah habis dah RM 150 000 yang terkumpul di KWSP. Maka betullah fakta kajian sebelum ni yang mengatakan bahawa purata wang KWSP yang dikeluarkan habis dalam masa 3 tahun.

Dengan Pendapatan sekitar RM 1500 ke RM 2000 setiap bulan “hasil duit sawit” Pak Haji M kata cukuplah untuk menampung belanja dapur dan simpanan. Pak Haji M bersyukur kerana pada usia 60 tahun dia masih dikurniakan kesihatan yang baik berbanding rakan-rakannya yang menghidap pelbagai penyakit orang tua. Katanya lagi, kalau masa ni saya sakit RM 2000 sebulan tak cukup nak oi. mana nak belanja dapur, mana nak belanja untuk berubat dan pelbagai lagi komplikasi kesan penyakit.

Saya berterima kasih teramat sangat pada Pak Haji M kerana sudi berkongsi pengalamannya. Maka saya dengan ini Mesti memulakan simpanan untuk persaraan saya nanti. Moga jadi pengajaran buat semua.

Fakta: Pesara memerlukan 60% wang gaji terkahirnya untuk meneruskan gaya hidup yang sama seperti sebemum bersara.

Orang Malaysia kurang Senyum

Senyumlah senymlah ahai cek mek molek

Senyum itu sedekah. Namun berita ini secara peribadi saya katakan memang benar. rakyat Malaysia kurang senyum. (termsuk saya sendiri kadang-kadang hehheh) Tapi tahukah anda pelbagai fakta yang menarik mengenai senyum? Lihatlah fakta-fakta berikut. Pasti anda akan senyum selepas ini.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

sumber :www.teamdymium.com

Hayatilah iklan dibawah.

Cara memilih Insuran Kesihatan

Medical insurance

Medical insurance


Tahukah anda tentang keperluan erhadap insuran perubatan? Tapi sebelum itu tahukah anda apa itu insuran perubaran. Menurut insuranceinfo.com.my insuran perubatan ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Berikut adalah beberapa perkara yang andan perlu tahu untuk memilih insuran kesihatan.

1. Dapatkan jadual faedah bagi insuran perubatan yang bakal dibeli.

Jika diteliti berkenaan jadual faedah insuran, beberapa perbezaan kecil dapat di lihat. Nasihat dari agen insuran diperlukan diperingkat ini.

2. Meneliti polisi insuran berkelompok syarikat.

Sesetengah syarikat ada menyediakan polisi kesihatan intuk kebajikan stafnya. Namun begitu kadang kala terdapat kekurangan dalam polisi tersebut. Sebarang kekurangan perlulah dilengkapkan dengan pengambilan polisi baru. Elakkan daripada mengambil polisi yang berulang contohnya memiliki insuran perubatan dari syarikat dan persendirian. Namun begitu seandainya anda melompat tempat kerja, jangan lupa meneliti samada syarikat baru ada menyediakan pelan perubatan atau tidak. Tindakan sewajarnya patut diambil seandainya tiada.

3. Perhatikan terma Jaminan pembaharuan (guarantee renewed).

Terdapat polisi insuran kesihatan yang tidak memasukkan terma ini. Keadaan ini membolehkan syarikat membatalkan perlindungan selepas tuntutan dibuat. Terma jaminan Pembaharuan (guarantee renewed) amat penting bagi memastikan jaminan kewangan untuk menanggung kos perubatan bagi pembaruan tahunan. Namun begitu kebiasaannya terdapat had dalam jaminan pembaharuan ini.

4. Had sepanjang hayat dan had tahunan.

Pastikan samada tawaran insuran hayat yang bakal anda beli ada had sepanjang hayat (lifetime limit) selain dari had tahunan. Pastikan jumlah had sepanjang hayat berkadaran dengan anggaran keperluan anda. Teliti syarat untuk membolehkan anda menikmati had sepanjang hayat ini kerana terdapat syarikat yang hanya memberi had sepanjang hayat ini apabila tiada sebarang tuntutan di buat dalam tempoh setahun atau lebih.

5. Bandingkan had dan tempoh perlindungan bagi:

a) pembedahan
b) rawatan sebagai pesakit luar
c) rawatan sebelum dan selepas ditahan di wad
d) rawatan wad ICU
e) Jagaan Harian
f) pemindahan organ
g) manfaat kagaan harian
h) Rawatan kanser pesakit luar
i) Dialisis buah pinggang pesakit luar.

6. Bandingkan Tempoh pengecualian tuntutan terhadap

a) penyakit sedia ada
b) penyakit khusus yang memerlukan tempoh menunggu melebihi 30 hari
c) penyakit yang memerlukan tempoh menunggu kurang dari 30 hari

7. Perbandingan terhadap premium dan prosedur kemasukan untuk rawatan.

Seperti menginap di hotel, terdapat beberapa sebab mengapa harga bilik berbeza. Keselesaan dan keunikan biasanya menjadi kunci untuk penetapan harga. Begitu juga insuran kesihatan, terdapat keunikan dalam manfaat yang diberikan dan ini menyebabkan harganya berbeza.

Prosedur kemasukan untuk rawatan kebiasaannya hampir sama bagi pihak hospital yang merawat dan juga syarikat insuran. Namun begitu pengetahuan terhadap prosedur ini amat membantu bagi memudahkan anda mendapatkan rawatan. Cara yang paling mudah adalah menghubungi agen ketika anda memerlukan rawatan namun begitu sendainya agen anda gagal dihubungi.. macam mana?

Kesimpulannya, terdapat pelbagai produk dipasaran yang menawarkan pelan insuran kesihatan. Pilihlah pelan yang memenuhi keperluan anda dan menepati kehendak anda. Panduan ini adalah sekadar penunjuk jalan dan akhirnya keputusan ditangan anda.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance