Pelbagai andaian dan telahan saya temui semasa bertemu pelanggan. Ramai diantara mereka melatah apabila ditanya mengenai perancangan kewangan. Berikut saya senaraikan beberapa andaian dan mitos yang popular.
Mitos bagi perancangan kewangan.
1. Perancangan kewangan hanya untuk Orang Kaya
Kerap kali kita yang mempunyai gaji tetap merasakan tidak perlu untuk membuat perancangankewangan kerana sumber kewangan yang terhad. Telahan ini silap sebenarnya, tidak kiralah samada kita bergaji tetap atau berpendapatan tidak tetap perancangan kewangan perlu diakukan supaya kebocoran wang tidak berlaku. selain itu agihan wang gaji dapat dibuat dengan berkesan supaya hujung bulan wang dipoket masih ada. Jadi taklah kita makan maggi.
2. Perancangan kewangan bukan sekadar membuat baget bulanan.
Perancangan kewangan bukanlah hanya untuk memastikan gaji yang diperolehi mencukupi baget sehingga ke akhir bulan. Secara menyeluruh, perancangan kewangan meliputi insuran/takaful,pelaburan, simpanan,cukai, zakat, persaraan, harta dan pendidikan. Ilmu perancangan dan pembahagian ini perlu di cari atau dengan cara termudah mendapatkan nasihat dari orang yang pakar seperti agen insuran, agen unit trust, remiser dan agen cukai.
3. Ramai orang boleh memberi nasihat kewangan.
Betul semamangnya disekeliling kita ramai kenalan yang sudi memberi nasihat tentang kewangan. Tentunya anda mempunyai rakan yang tersiri dari agen unit trust, insuran dan broker saham. Namun begitu pengetahuan asas adalah sangat berguna supaya kita tidak tertipu dengan maklumat yang tidak lengkap atau sengaja diputar belitkan.
4. Perancangan pendidikan, Apa tu? perlu ker saya ambil tahu?
Kebelakangan ini kita banyak disajikan dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. jelas sekali bahawa persaingan untuk mendapatkan biasiswa amat sengit. Jadi pergantungan pada pinjaman adalah penyelesaian untuk memastikan anak kita mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Perancangan awal untuk tabung pendidikan dapat memberi keselesaan kepada anak supaya dia tidak menanggung hutang sebaik sahaja mula bekerja.
5. EPF Saya sudah cukup untuk saya pencen.
Aha.. keyakinan ini ada asasnya ker? Kajian menunjukkan, Wang EPF habis dibelanjakan dalam masa 3 tahun sahaja oleh penerima wang tersebut. Kebanyakan dari mereka akan kembali bekerja kerana sudah kehabisan wang. Selain itu kadar insflasi yang sentiasa berlaku setia tahun telah menyebabkan kos sara hidup meningkat dan ini seiring dengan kenaikan kos perubatan.
6. Harta bukannya boleh dibawa mati. Biarlah waris saya yang menguruskannya bila saya tiada nanti.
Dalam hal ini, pastikan waris anda tahu apa yang anda ada dan apa yang anda telah lakukan terhadap harta anda. Bukan apa takut nanti ada harta anda yang tidak dituntut oleh waris pula. Gambar dibawah mungkin dapat memberi gambaran jelas.

Pembahagian Harta

November 11th, 2009
hisam
Posted in
Tags: 





