Archive for November, 2009
Satu alternatif untuk mendapatkan Rawatan Penyakit.
November 25th, 2009
hisam Kisah daripada Gambar.
November 23rd, 2009
hisam Gambar pertama: Malang tidak berbau
Saya teramat terkejut dengan berita dimuka hadapan Harian Metro Hari ini. Sesungguhnya gambar ini begitu menyayat hati. Tentunya mereka tidak berkehendak ajal mereka datang dengan cara ini. Namun setelah terjadi inilah takdir mereka.

Gambar Kedua: Bukan ku pinta jadi begini.
Memiliki cinta hingga akhir hayat, bercinta sehingga akhir hayat, hidup bersama hingga akhir hayat. Tentunya pernyataan ini menjadi impian setiap orang. Namun adakah ia akan jadi kenyataan? Ini adalah satu cerita yang boleh kita kongsi bersama dan mungkin banyak lagi cerita seperti ini berlaku di sekeliling kita.
Kecacatan yang ditangung bukanlah sesuatu yang dirancang olehnya. Sudah jatuh ditimpa tangga, itu yang boleh saya katakan kerana dalam keadaan seperti ini tempat bergantung harap meninggalkannya dan beyangkanlah penderitaan yang ditanggungnya. Seandainya dia memiliki pampasan wang insuran sebanyak RM 500 000.00,mungkin keadaan ini tidak berlaku.
Perhatian kepada pembaca, jadikanlah ini satu iktibar pada diri anda. Sediakanlah payung sebelum hujan. Pelan insuran bukanlah satu keperluan. ia adalah satu kemestian. Bertindaklah demi masa depan anda.
Gambar ketiga : Terima kasih abang.

Mungkin inilah ucapan dari si isteri yang menerima pampasan insuran milik suaminya setelah kehilangan suami yang dicintai. Dalam keadaan tekanan emosi wang pampasan insuran yang diterima tentunya meringankan beban kepada isteri yang ditinggalkan. Bayangkan seandainya sewaktu kematian berlaku anda meninggalkan balu yang berusia 34 tahun tidak bekerja dan anak seramai 4 orang dan masih bersekolah rendah. Bagaimanakah mereka hendak meneruskan hidup mereka? Fikir-fikirkan.
Gambar keempat : Kenapa claim insuran lambat dapat.
Gambar berikut ini adalah salah satu sebab mengapa tuntutan insuran memakan masa. Tuntutan insuran hanya dapat di proses dan diluluskan hanya apabila dokumen yang berkaitan adalah lengkap.

Kegagalan penuntut mengemukakan segala dokumen yang diperlukan menyebabkan syarikat insuran tidak dapat memproses dan meluluskan tuntutan. Saya kerap menemui prospek yang menyelar syarikat insuran tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi tuntutan atau melambatkan proses tuntutan insuran. Namun jika dikaji semula adakah benar syariakat sengaja melambat-lambatkan tuntutan atau pehak penuntut tidak mengemukakan dokumen lengkap bagi membolehkan proses tuntutan itu dilakukan?
Jadi hubungilah agen insuran anda untuk membuat tuntutan kerana pada waktu inilah kerja sebenar seorang agen insuran. Melengkap dan menyelesaikan tuntutan adalah kerja paling kririkal bagi seorang agen insuran.
Jadi Jangan hanya simpan nombor telefon agen anda sahaja. Simpanlah no agen lain bagi mendapatkan bantuan mereka. Percayalah, agen yang baik pasti akan membantu siapa sahaja yang memerlukan pertolongannya.
Kesemua gambar pilihan saya hari ini adalah realiti yang berlaku disekeliling kita. Bukan ciptaan tapi kenyataan. Buatlah pertimbangan yang bijak bagi memastikan masa depan kita terjamin.
Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?
November 23rd, 2009
hisam Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.
Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.
Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?
Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitustrategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..
Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..
Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri..hehe
Manarik kan?
Itu tak cukup menarik..
Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..
Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.
Dapatkan Zero Ke Hero di sini.
Klik saja link diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?
Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!
Akhir sekali click sini.
Semoga berjaya!
Muka buku dan potensinya
November 19th, 2009
hisam 
- mukabuku
Tahukah anda apakah potensi Facebook?
Kongsikan dengan saya tentang kelebihan memiliki facebook ya.

Tiga tahun jika tiada penama
November 17th, 2009
hisam 
Tiga tahun tuntut KWSP
Masih ingatkah anda post saya sebelum ini berkenaan penama KWSP. Berita hari ini memberi sedikit berita baik bagi mereka yang tidak meletakkan penama bagi akaun KWSP. Tiga tahun diperlukan untuk menyelesaikan tuntukan dana KWSP tanpa penama. Persoalannya adakah waris yang ditinggalkan sanggup untuk menunggu selama 3 tahun? Bagaimana agaknya kehidupan mereka selama menanti dana tersebut agaknya ya?
Dalam keadaan ini mungkin insuran adalah salah satu jalan penyelesaian untuk menyediakan satu dana kecemasan namun adakah terdapat kesedaran untuk menyediakan insuran untuk kesinambungan keluarga?
Saya ada satu pertanyaan? Untuk lelaki siapakah yang anda akan namakan sebagai penama KWSP anda? dan untuk Wanita siapakan yang anda akan namakan sebagai penama KWSP anda? kajian menunjukkan 90% wanita meletakkan anak sebagai penama bagi KWSP dek kerana tidak percaya pada suami. (takut suami kawin lain apabila dapat duit tersebut) Namun harus diingat bahawa selagi anak tersebut belum berumur 18 tahun wang tersebut tidak akan diserahkan kepada mereka. Jadi berhati-hatilah dalam meletak penama.
Jangan biarkan orang tersayang terus menderita
November 16th, 2009
hisam 
- KWSP
Kematian amat menyedihkan dan ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang tersayang. Anda perlu merancang bagi mengelakkan ahli keluarga menderita sekiranya anda meninggal dunia terutama sekali jika keluarga bergantung nafkah kepada anda.

Wang tidak di tuntut
Dengan membuat penamaan KWSP dan mengemaskinikannya, ahli keluarga boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dengan mudah jika berlaku kematian.

KWSP tanpa Penama
Jika anda TIDAK membuat dan mengemaskini penamaan, perkara berikut mungkin akan berlaku kepada keluarga anda:
-
Mereka terpaksa melalui proses yang sukar untuk mendapatkan dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian daripada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Proses ini mengambil masa yang lama dan kemungkinan dikenakan bayaran oleh pihak berkuasa berkaitan. Sebaliknya, jika penamaan KWSP telah dibuat, semua dokumen ini tidak diperlukan dan proses pengeluaran simpanan akan menjadi lebih mudah dan lancar.
-
Pihak berkuasa yang mengeluarkan dokumen sokongan akan menentukan keutamaan individu yang layak menerima simpanan anda. Ini boleh menyebabkan berlaku konflik di kalangan ahli keluarga. Jika penamaan telah dibuat, simpanan KWSP akan dibayar kepada penama yang telah anda namakan. Untuk ahli beragama Islam, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan anda mengikut Hukum Faraid.
Jika anda berkahwin, ditakdirkan bercerai atau mendapat cahaya mata, anda dinasihati mengemaskini penamaan KWSP anda.
Lindungi orang tersayang daripada terus menderita.
Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.
Download borang permohonan penama di link di bawah.
Borang penama KWSP http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=358
sumber : http://www.kwsp.gov.my
Mitos bagi perancangan kewangan.
November 11th, 2009
hisam Pelbagai andaian dan telahan saya temui semasa bertemu pelanggan. Ramai diantara mereka melatah apabila ditanya mengenai perancangan kewangan. Berikut saya senaraikan beberapa andaian dan mitos yang popular.
Mitos bagi perancangan kewangan.
1. Perancangan kewangan hanya untuk Orang Kaya
Kerap kali kita yang mempunyai gaji tetap merasakan tidak perlu untuk membuat perancangankewangan kerana sumber kewangan yang terhad. Telahan ini silap sebenarnya, tidak kiralah samada kita bergaji tetap atau berpendapatan tidak tetap perancangan kewangan perlu diakukan supaya kebocoran wang tidak berlaku. selain itu agihan wang gaji dapat dibuat dengan berkesan supaya hujung bulan wang dipoket masih ada. Jadi taklah kita makan maggi.
2. Perancangan kewangan bukan sekadar membuat baget bulanan.
Perancangan kewangan bukanlah hanya untuk memastikan gaji yang diperolehi mencukupi baget sehingga ke akhir bulan. Secara menyeluruh, perancangan kewangan meliputi insuran/takaful,pelaburan, simpanan,cukai, zakat, persaraan, harta dan pendidikan. Ilmu perancangan dan pembahagian ini perlu di cari atau dengan cara termudah mendapatkan nasihat dari orang yang pakar seperti agen insuran, agen unit trust, remiser dan agen cukai.
3. Ramai orang boleh memberi nasihat kewangan.
Betul semamangnya disekeliling kita ramai kenalan yang sudi memberi nasihat tentang kewangan. Tentunya anda mempunyai rakan yang tersiri dari agen unit trust, insuran dan broker saham. Namun begitu pengetahuan asas adalah sangat berguna supaya kita tidak tertipu dengan maklumat yang tidak lengkap atau sengaja diputar belitkan.
4. Perancangan pendidikan, Apa tu? perlu ker saya ambil tahu?
Kebelakangan ini kita banyak disajikan dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. jelas sekali bahawa persaingan untuk mendapatkan biasiswa amat sengit. Jadi pergantungan pada pinjaman adalah penyelesaian untuk memastikan anak kita mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Perancangan awal untuk tabung pendidikan dapat memberi keselesaan kepada anak supaya dia tidak menanggung hutang sebaik sahaja mula bekerja.
5. EPF Saya sudah cukup untuk saya pencen.
Aha.. keyakinan ini ada asasnya ker? Kajian menunjukkan, Wang EPF habis dibelanjakan dalam masa 3 tahun sahaja oleh penerima wang tersebut. Kebanyakan dari mereka akan kembali bekerja kerana sudah kehabisan wang. Selain itu kadar insflasi yang sentiasa berlaku setia tahun telah menyebabkan kos sara hidup meningkat dan ini seiring dengan kenaikan kos perubatan.
6. Harta bukannya boleh dibawa mati. Biarlah waris saya yang menguruskannya bila saya tiada nanti.
Dalam hal ini, pastikan waris anda tahu apa yang anda ada dan apa yang anda telah lakukan terhadap harta anda. Bukan apa takut nanti ada harta anda yang tidak dituntut oleh waris pula. Gambar dibawah mungkin dapat memberi gambaran jelas.

Pembahagian Harta
Adakah kita mampu untuk sakit?
November 10th, 2009
hisam Post kali ini saya akan kongsikan satu gambar yang saya dapat dari seorang rakan agen. Perhatikan gambar dibawah.

Colon Cancer
Gambar ini adalah gambar keratan kolon (usus besar) yang telah terkena kanser. Pelanggan sahabat saya ini terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian kolon yang mengandungi sel kanser bagi mengelakkan ia merebak. Sejumlah RM 30 000 telah dibelanjakan untuk pembedahan ini sahaja. Mujurlah pelanggan ini memiliki Kad perubatan yang telah menyelesaikan bil perubatannya.
Walaupun pembedahan ini telah berjaya dilakukan tiada jaminan dari doktor bahawa sel kanser ini telah berjaya dibuang sepenuhnya. Pelbagai lagi follow up treatment perlu dilalui oleh pelanggan ini dalam memastikan penyakitnya sembuh. Dijangka sebanyak RM 45 000 diperlukan untuk menampung kos-kos perubatan. Polisi penyakit kritikal mungkin akan menyelesaikan masalah ini.
persoalannya sekarang adakah kita telah membuat sebarang perancangan untuk menghadapi keadaan seperti ini seandainya kita terpilih untuk diuji?

Bill
Ancaman Obesiti
November 10th, 2009
hisam Obesiti ataupun masalah kegemukan merupakan satu ancaman yang semakin serius kepada rakyat di negara ini. Saban tahun, kajian telah dijalankan bagi mengetahui peratusan dan tahap obesiti bagi penduduk di negara ini. Hasilnya adalah amat menakutkan kerana pertambahannya yang begitu drastik dari tahun ke tahun menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita masih amat berkurangan terutamanya berkaitan dengan soal pengambilan makanan seharian.
“Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27% (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 % (1.7 juta) pada 1996.”
Bagi tahun 2006 pula, peratusannya telah meningkat menjadi semakin tinggi sehingga mencapai 43.1% dan telah direkodkan sebagai antara negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Peningkatan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun telah cukup untuk membuktikan bahawa kita semua harus berubah dan perlu mengambil serius tentang isu obesiti ini.
Data dan statistik di atas jelas menunjukan bahawa negara kita bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran berkaitan makanan ini tidak dipupuk kepada masyarakat kita. Fenomena 5G iaitu Gebu, Gemuk, Gempal, Gendut dan Gelebar akan berleluasa disegenap peringkat umur masyarakat kita. Malah yang lebih membimbangkan adalah 1001 penyakit kronik yang dikaitkan dengan obesiti bakal dihadapi sekiranya aspek ini tidak diambil serius.
Bagi mengawal atau mencegah obesiti, diet adalah satu cara yang amat berkesan dan praktikal tanpa memerlukan belanja besar untuk membeli produk pelangsingan. Namun begitu adakah kita tahu bagaimanakah cara diet yang sebenar?
Saya menemui satu panduan yang sangat berguna untuk berdiet khas untuk wanita. Panduan diet ini sememangnya ditulis khas untuk wanita. Bagi para suami atau teman lelaki yang ingin teman wanita nya kelihatan langsing dan menggiurkan inilah panduan yang anda cari. Yang pasti panduan yang disediakan amat mudah dan berkesan.
Anda Dibebani hutang??
November 9th, 2009
hisam Mungkin anda malu untuk mengemukakan masalah anda pada rakan mahupun saudara mara. Jadi AKPK adalah tempat yang paling sensuai kerana mereka sememangnya dilatih dan dilantikuntuk menyelesaikan masalah mereka yang dibebani hutang, Namun begitu ada beberapa kriteria yang perlu di patuhi. Berikut adalah beberapa persoalan yang mungkin boleh menjawab pertanyaan anda.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin menyertai Progaram Pengurusan Kredit AKPK?
Sekiranya anda ingin menyertai Program Pengurusan Kredit AKPK, anda harus mengikuti sesi taklimat yang diadakan setiap hari di ibu pejabat AKPK di Kuala Lumpur (Isnin – Sabtu). Taklimat turut diadakan dua kali seminggu di cawangan Pulau Pinang (Selasa dan Jumaat) dan Johor Bharu (Selesa dan Khamis). Untuk lokasi lain, sila rujuk laman web kami atau hubungi talian bebas tol kami. Ini akan membantu anda membuat keputusan samada untuk mengikuti program AKPK atau pun tidak.
Jika anda mengambil keputusan untuk mengikuti program ini, anda perlu berdaftar dengan AKPK dengan mengisi borang permohonan Program Pengurusan Kredit dan membawa bersama anda dokumen-dokumen sah seperti berikut:-
• Kad Pengenalan
• Salinan slip gaji untuk 3 bulan atau penyata akaun semasa/simpanan (jika bekerja sendiri)
• Borang BE (Taksiran Cukai Pendapatan) and Penyata EA (Penyata Gaji Tahunan)
• Penyata Pinjaman Terkini (Kad Kredit, pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dsb)- untuk tempoh 3 bulan
• Dokumen tindakan undang-undang (jika ada)
Apakah itu AKPK?
AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berukut:-
- Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit,
- Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah,
- Pendidikan kewangan
Apakah tujuan penubuhan AKPK?
AKPK ditubuhkan dengan tujuan:-
- menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan berhemah dan teratur melalui pendidikan kewangan, perkhidmatan kaunseling serta nasihat khusus dalam pengurusan kewangan dan kredit.
- meneguhkan sistem perbankan di Malaysia dengan membantu institusi kewangan dalam usaha pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang kurang cekap.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?
1. Pendidikan Kewangan
- Pendidikan Kewangan menyediakan program dan bahan pendidikan terutamanya mengenai penggunaan kredit secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
2. Kaunseling dan Nasihat Mengenai Pengurusan Kewangan
- Khidmat nasihat dan kaunseling mengenai Pengurusan Kewangan di mana AKPK memberi kaunseling dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan mereka.
3. Program Pengurusan Kredit
- Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka.
sumber : http://www.akpk.org.my/

Posted in
Tags:










