Siapakah PIDM?
PIDM merupakan agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) untuk mentadbirsistem insuran deposit nasional di Malaysia.
Apakah itu insuran Deposit?
Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan di bank sekiranya bank mengalami kegagalan. Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan rangka kerja perlindungan pengguna dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan. Sistem ini tidak berhubungkait dengan atau diuruskan oleh syarikat insurans am atau nyawa. Umumnya, ini merupakan skim yang disediakan oleh Kerajaan, meskipun di sesetengah negara sistem ini disediakan oleh pihak bank.
Sistem insurans deposit di Malaysia dilancarkan pada September 2005 dan diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Perlindungan
Dengan pelaksanaan Jaminan Deposit Kerajaan pada 16 Oktober 2008, PIDM kini melindungi sepenuhnya semua deposit dalam ringgit dan mata wang asing dengan bank perdagangan, bank Islam dan bank pelaburan, bank Islam antarabangsa serta institusi kewangan pembangunan yang menerima deposit dan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Ia adalah langkah awal dan berjaga-jaga, selaras dengan inisiatif yang diambil oleh negara-negara jiran bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan. Sistem perbankan Malaysia memiliki tahap modal dan keuntungan yang teguh, dan Jaminan itu dijangka tidak akan digunakan.
Jaminan Deposit Kerajaan ini menggantikan had perlindungan sebelum ini iaitu sehingga RM60,000 setiap penyimpan di setiap bank anggota dan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2010. Semua jenis pendeposit atau penyimpan – sama ada individu atau syarikat yang mempunyai deposit konvensional atau Islam – dilindungi sepenuhnya bagi deposit yang layak.
Click sini untuk Jenis-jenis deposit dan instrumen yang dilindungi
Ini bermakna deposit kita di bank dilindungi dan selamat.
Selamat dan dilindungi.

October 7th, 2009
hisam
Posted in
Tags: 





