
My wife and my Sister
Semalam aku berkesempatan untuk menonton PAPADOM filem terbaru Afdlin Shauki. Sememangnya sentuhan Afdlin memang hebat dan kejayaannya menggondol fileh terbaik baru-baru ini memang layak sekali.
Jangkaan aku terhadap Cliche yang bakal dipertontonkan ternyata merosot dan papadom sememangnya filem yang amat berbeza pendekatannya. Apa yang boleh aku katakan adalah kasih sayang sememangnya perlu di jaga dalam keluarga. Semasa orang yang kita sayang masih ada disekeliling kita, sayangilah mereka dan luangkanlah masa untuk mereka.
Tapi jangan terlalu pula mengongkong kerana sayang. Dan bila anda tonton filem ini tentunya anda terfikir ada ker orang yang akan berbuat seperti en Saadom dek kerana terlalu sayangkan anaknya.
Yang pasti aku terhibur dengan lawak-lawak yang berjaya diselitkan dengan baik dan tidak slapstik. Tahniah kepada Afdlin dan barisan pelakon PAPADOM.

Aku yang nak enter frame

October 9th, 2009
hisam
Posted in
Tags: 





