Fokus FOCUS Fokus

Focus

Focus

Sumber Gambar: http://stanfordcapoeira.org/

Kenapa aku pilih tajuk ni hari ni?

Sebenarnya aku dalam dilema untuk membuat keputusan berkenaan kerja yang hendak aku buat.

Bermacam benda yang aku fikirkan. Masalah kewangan semamangnya membelengu aku. Hutang yang perlu dibayar dan keperluan untuk komitmen harian membuat aku pening dan kusut. Dalam pencarian aku dapat jawapan pada kekusutan aku iaitu segala masalah aku hanya dapat diselesaikan dengan duit juga.

Namun apa yang menjadi masalah sekarang adalah sumber untuk aku dapatkan duit. Nak buat pinjaman aku dah tak layak sebab dah black list. Nak guna nama isteri aku dah tak boleh sebab dia dah tak kerja. Pening kepala dibuatnya. Aku tak ada pilihan selain kerja kuat untuk dapatkan banyak duit untuk selesaikan masalah hutang aku.

Untuk kerja pulak timbul lagi satu masalah. Aku tak tau nak fokus yang mana satu. Kerja insuran aku agak terganggu kebelakangan nih. Aku hilang fokus. Macam-macam yang berlaku dan membuat aku hilang punca dimana aku berada sekarang dalam bidang insuran. Mungkin inilah dugaan untuk aku dalam insuran. Cabaran utama adalah diri aku sendiri yang sering hilang fokus.

Aku pernah terjumpa ayat nih…

FOCUS

F = Forget

O= Other

C= Commitment

U= Until

S= Succeed

Tapi yang menjadi masalah aku adalah segala rentetan yang berlaku pada aku menyebabkan aku tak boleh untuk guna Makna FOCUS tersebut. Sampai hari ini aku tak dapat untuk fokus.

Sengaja aku ambil gambar yang kat atas untuk tatapan semua supaya dapat jadi pedoman. Kadang kala kita perlu melupakan komitmen lain untuk berjaya dan itulah yang belum dapat aku buat. Aku berdoa pada Yang Maha Kuasa semoga aku akan tetap capai impian aku untuk membahagiakan Keluarga aku yang tercinta.

Untuk FOKUS aku perlu mengorbankan banyak perkara. Yang pasti aku mesti bersedia untuk berkorban. Bak kata orang lama, pengorbanan adalah suatu yang sinonim untuk kejayaan. Aku dah senaraikan beberapa perkara yang perlu aku korbankan dan aku perlu kuatkan hati untuk berkorban.

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Fokus FOCUS Fokus”

  1. Ezad says:

    Salam Bro,

    Betul lah Bro “FOCUS”!!..hehe

  2. hisam says:

    Mencabar bro untuk betul2 “FOCUS”.

    Sedang berusaha untuk menghayati makna dan pelaksanaan FOKUS nih.

Leave a Reply

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance