Archive for October 29th, 2009

Hadiah hari jadi

Hadiah hari jadi

Hadiah hari jadi

Hari isnin yang lepas 26 Oktober 2009 merupakan hari lahir adik aku Azari bin Abdul Hamid. Seperti biasa aku tak ada hadiah untuk bagi hanya ucapan hari jadi aku beri.
Namun adik aku telah mendapat hadiah hari jadi yang paling besar dan amat bermakna apabila dia mendapat panggilan tawaran kerja. Alhamdulillah.Syukur kehadrat Illahi diatas kurniaanya memberi rezeki kepada adik aku.
Semalam dia mula bekerja sebagai Manufacturing assistant di Syarikat Guocera Tiles Industries Kluang Johor.

Selamat bekerja Tam.

Bilakah masa yang sesuai untuk menabung?

Kadang-kadang aku pelik mengapa sekarang nih aku asyik ajer tak ada duit. adakah kerana aku tak mengikut pesan mak aku dari kecik dulu yang menyuruh aku menabung. Mak aku selalu pesan, Bila dapat duit, simpan sedikit kat dalam tabung. kalau dapat simpan semua lagi bagus. Tapi rasanya aku tak pernah nak menabung.
Tabiat menabung tu tak ada dalam diri aku. Dapat berapa banyak pon pasti habis.Sekarang baru aku perasan dan tersedar. Tabungan aku terlalu sedikit. Macam mana nak mulakan tabiat menabung yerk?

Banyak buku pasal kewangan yang aku mencadangkan agar 20% dari wang gaji patut disimpan. Paling sikit pon 5% mesti simpan setiap bulan. Tapi tak pernah pon aku buat. Apa yang ada hanya bayaran premium untuk insuran. Simpanan yang solid tiada.Aku cuba kira secara kasar kalau sejak aku mula bekerja pada Jun 2001 sampai sekarang aku dah ada lebih kurang RM 9900 dengan hanya menyimpan RM100 setiap bulan tanpa kita interest dari bank.

Jun 2001 sampai September 2009 = 99 bulan = RM 9900

Mulai sekarang aku mesti simpan duit setiap bulan. Akan aku pastikan setiap bulan aku mesti simpan paling kurang RM 300. Kat mana aku nak simpan duit aku ek? ASB ker? Unit Trust Ker? Fix Deposit ker? atau Simpanan biasa di bank?

Semasa pembentangan bajet tempoh hari Tok Jib ada meningatkan tentang kepentingan menabung ketika muda.

Menabung

Menabung

Sakit jantung pembunuh senyap

sakit jantung

sakit jantung

Kenapa topik ini aku pilih pada post kali ini kerana aku masih ingat kejadian semasa bulan puasa yang lepas apabila seorang yang aku kenal telah pergi ke Rahmatullah kerana serangan jantung. Bayangkanlah pada sebelah petang semalamnya aku jumpa dia di bazar ramadan dan kami sempat berbual dan bergurau. Waktu pagi lepas sahur jer dapat SMS bahawa dia dah meninggal. Alangkah terkejutnya aku.

Jadi disini ingin aku mengingatkan diri aku dan pembaca semua tentang sakit jantung.

statistik sakit jantung

statistik sakit jantung

keratan akhbar ini menunjukkan statistik berkenaan risiko penduduk Malaysia mengenai Non communicable diseases. Jadi disini aku ingin berkongsi tentang langkah-langkah mencegah sakit jantung.

Ada enam langkah untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat :

1. Berhenti merokok (jangan cuba, tetapi berhenti terus).

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh menyebabkan serangan jantung pula? Menurut Perunding Kardiologi, Dr Lee Chiang Heng, lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel badan yang penyebab kanser.

Pada masa sama, asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka kerana berasakan diri sentiasa sihat.

2. Amalkan pemakanan sihat.

Kita sepatutnya makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Usus manusia yang panjang lebih sesuai untuk diisi dengan serat. Serat bertindak sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan. Perubahan corak pemakanan ke arah pengambilan lebih banyak daging dan lemak menyebabkan paras
kolesterol meningkat yang boleh merangsang penyakit jantung.

3. Bersenam.

Senaman aerobik iaitu pergerakan sama yang berulang (seperti berjalan, joging, berbasikal dan berenang) selama 20 hingga 30 minit sehari perlu dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Belajar mengendalikan tekanan.

TEKANAN sudah jadi satu perkara lumrah dalam hidup kita. Malah ada yang menyifatkan tanpa tekanan hidup akan jadi bosan kerana tiada cabaran. Sememangnya setiap perkara itu ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilainya.

Bagi individu yang optimistik tekanan tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya cabaran atau peluang untuk meningkatkan keupayaan dan mencapai kejayaan. Namun tidak semua orang mampu melihat tekanan sebagai perkara positif. Ia lebih dianggap satu masalah.

Bahkan ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya berada dalam keadaan tertekan sehinggalah badan mula menunjukkan simptom seperti selalu resah, sedih, cepat panik, tidak selesa, emosi tidak stabil, sakit perut, pening kepala, sesak dada, alahan, sukar tidur atau merokok lebih banyak.

5. Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi.

Sikap mempunyai tiga elemen penting: Pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bertindak secara positif.

6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Untuk mengelakkan penyakit jantung juga mudah iaitu dengan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, terutama bagi individu berumur 35 tahun ke atas (lelaki) dan 40 (wanita) jika tiada sejarah keluarga mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

sumber : http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

Kuasa untuk memilih.

power to choose

power to choose

Adakah kita sedar sebenarnya dalam kehidupan kita memiliki satu kuasa mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh siapa sahaja. Kadang kala kita tidak sedar kita telah menggunakan kuasa tersebut untuk kebaikan dan kadangkala kita meunggunakan kuasa itu untuk kegagalan. Apakah kuasa tersebut? Sedarkah anda bahawa anda memiliki kusa untuk memilih.
Kita berkuasa untuk memilih dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan pilihan kita. Setujukah anda?

Setiap kali kita bangun dari tidur kita berkuasa untuk memilih untuk bagun terus dari katil dan menunaikan solat atau kita memilih untuk sambung tidur semula.

Setiap pagi selepas solat subuh kita bebas memilih untuk pergi kerja atau pergi ke klinik untuk ambil mc.

Setiap kali sampai di pejabat kita bebas memilih untuk terus memulakan kerja atau membuka email dahulu atau membuka facebook.(heheheh)

Setiap kali membuat kerja kita berhak untuk memilih samada ingin membuat kerja sehabis baik atau sekadar cincai sahaja.

Setiap kali kita bersedih kita berhak memilih untuk terus bersedih atau menukar emosi kepada menjadi ceria.

Setiap kali mendapat dugaan atau cobaan kita berhak untuk mentafsir keadaan tersebut secara positif atau negatif.

Setiap kali ada masa kita berhak memilih untuk menggunakan masa itu untuk apa, untuk kerja yang berfaedah atau sekadar membuang masa.

Jadi sedarkah kita sekarang kita memiliki kuasa??

Saya terpanggil untuk berkongsi kali ini setelah mendapat inspirasi dari tulisan Adam Khoo. Sekarang saya sedang mentelaah bukunya yang bertajuk Master your mind Design Your Destiny. Amat menarik. Saya akan terus berkongsi maklumat yang saya dapat.

Sebagai hamba Yang Maha Kuasa kita bebas memilih. Gunakanlah Kuasa untuk memilih ini dengan sebaiknya.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance