Hujung minggu yang lepas aku telah diajak oleh abang ipar aku berkhemah di Sungai Selai, Bekok Segamat. Tanpa bnyak soal aku pon setuju kerana kepala memang amat kusut nih. Pelbagai masalah bersarang kat kepala nih. Jadi ini peluang untuk merelesekan tension. Orang rumah aku teramat suka sebab dah lama dia nak mengajak abangnya camping kat situ.

jeram selai

Air yang Jernih
Perjalanan kami bermula pada jam 9.00 malam dari Air Hitam Batu Pahat dan singgah sekejap untuk makan malam. Masuk ke kawasan Bekok bermulalah adventure untuk perjalanan ‘Offroad’. Aku hampir mabuk sebab jalan yang tak rata membuat aku rasa dibuai-buai. Hampir-hampir sahaja aku termuntah. Kami sampai di lokasi jam 11.30 malam. Bayangkanlah malam-malam buta nak pasang khemah. Tak pernah dibuat oleh aku. hehhe

Khemah Malam
Siap jer pasang khemah, aktiviti memancing dimulakan. Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah, beberapa ekor ikan memakan kail yang dipasang. Ikan Seluang, Tengas Daun, Sebarau,seekor baung dan Terbol berjaya di pancing dan hasil tangkapan adalah seperti di bawah.

Hasil Tangkapan

SEbarau 200 gram
Penat memancing aktiviti berendam bermula, huhuuuu sejuknya air, puas giler mandi dan berendam.

mandi manda 1

Tak cukup berendam bersiram pula

Juara renang air cetek
Kesan dari perkhemahan ini aku dapat kepuasan dan ketenangan. Sememangnya sebelum pergi aku kusut yang amat sangat kerana pelbagai masalah. Yang paling best adalah kawasan yang kami pergi tak ada orang lain yang datang membuatkan kami rasa tempat itu kami yang punya.
Jadi untuk yang tertekan oleh kerja dan masalah yang bertimpa-timpa, pergilah bercuti. sememangnya bercuti dapat merehatkan minda dan satu terapi yang amat berkesan untuk menghilangkan stress.

October 28th, 2009
hisam
Posted in
Tags:






