Archive for October 9th, 2009

PAPADOM review

My wife and my Sister

My wife and my Sister

Semalam aku berkesempatan untuk menonton PAPADOM filem terbaru Afdlin Shauki. Sememangnya sentuhan Afdlin memang hebat dan kejayaannya menggondol fileh terbaik baru-baru ini memang layak sekali.

Jangkaan aku terhadap Cliche yang bakal dipertontonkan ternyata merosot dan papadom sememangnya filem yang amat berbeza pendekatannya. Apa yang boleh aku katakan adalah kasih sayang sememangnya perlu di jaga dalam keluarga. Semasa orang yang kita sayang masih ada disekeliling kita, sayangilah mereka dan luangkanlah masa untuk mereka.

Tapi jangan terlalu pula mengongkong kerana sayang. Dan bila anda tonton filem ini tentunya anda terfikir ada ker orang yang akan berbuat seperti en Saadom dek kerana terlalu sayangkan anaknya.

Yang pasti aku terhibur dengan lawak-lawak yang berjaya diselitkan dengan baik dan tidak slapstik. Tahniah kepada Afdlin dan barisan pelakon PAPADOM.

Aku yang nak enter frame

Aku yang nak enter frame

Kalau ini Terjadi Pada Ahli keluarga Anda….bagaimana…

Kemalangan dan Malang tidak berbau

Kemalangan dan Malang tidak berbau

Acapkali kita terdengar dan terbaca berita berkenaan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian orang lain. Sememangya malang tidak berbau dan tidak mungkin ada yang meminta mengalaminya. Tapi jika berlaku siapakah yang patut dipersalahkan?
Mungkin ada pihak yang menuding jari pada sesiapa sahaja dan mungkin ada pula yang membiarkan ia berlalu. Buat apa nak di ingatkan lagi perkara dah berlalu. Namun senario seperti dibawah mungkin akan membuka mata anda untuk memikirkan tindakan yang patut diambil.

Rayu Bantuan

Rayu Bantuan

Jika dilihat pada senario dalam gambar ini apakah yang dapat anda bantu? Berapakah nilai sumbangan yang dapat anda berikan? Bagaimanakah nasib orang yang ditanggung oleh Abdul Razak?

Saya pasti jika diberi pilihan untuk mengundurkan waktu, tentunya Abdul Razak akan membeli perlindungan insuran semaksima mungkin supaya jika keadaan sekarang berlaku, tentunya dia tidak perlu meminta bantuan untuk meneruskan hidup. Tentunya ahli kepuarga yang menjaga tidak perlu bersusah payah memikirkan biaya yang perlu dikeluarkan setiap bulan.

Jadi, untuk anda fikirkan dan ambil tindakan.

BlogMalaysia.com

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance